Diburu Pahang dan Perak, tapi hati GG masih milik KL City


  • Podium
  • Khamis, 07 Mac 2024

Gallifuoco (dua dari kanan) antara tonggak yang membantu KL City FC menghuni tangga ketujuh saingan Liga Super 2023. — Instagram/giange94

NAMA pemain import Kuala Lumpur (KL) City FC, Giancarlo Gallifuoco dipetik dua kelab Liga Super bagi membantu mengukuhkan benteng pertahanan kedua-dua pasukan tersebut menjelang kempen Liga Malaysia (Liga M) Mei nanti.

Difahamkan, dua kelab berkenaan masing-masing adalah pasukan kendalian Fandi Ahmad dan Yusri Che Lah iaitu Sri Pahang FC dan Perak FC.

Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan tanah air, T.Avineshwaran di laman X yang mendedahkan bahawa khidmat bek tengah The City Bos itu ditagih dua kelab Liga Super.

Bukan sahaja pasukan di Malaysia malah kelab di luar negara turut berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berketinggian 1.87 meter itu.

"Melihat situasi di Kuala Lumpur, kelab seperti Pahang dan Perak sedang berusaha untuk memperkukuh pertahanan mereka dengan menambah pemain pertahanan tengah Australia, Giancarlo Gallifuoco.

BACA LAGI: Masalah gaji KL City paksa Haqimi Azim berlatih dengan skuad Sukma

WhatsApp Image 2024-03-07 at 18.07.02

Gallifuoco memilih untuk kekal bersama The City Boys meskipun menerima tawaran daripada beberapa kelab. Instagram/giange94

BACA LAGI: Maaf Selangor, isu gaji tak lunturkan rasa cinta Haqimi buat KL City

"Dia turut menerima tawaran daripada India, Indonesia, Vietnam dan liga divisyen kedua Korea Selatan. Pemain itu bagaimanapun, mahu kekal di KL," ciapnya.

Meskipun menerima tawaran daripada beberapa kelab namun pemain kelahiran Australia itu memilih untuk kekal bersama The City Boys biarpun ketika ini skuad tersebut mengalami masalah kewangan.

Dalam perkembangan lain, Gallifuoco berharap agar dapat membantu The City Boys menjelang saingan Liga M meskipun sudah mencecah usia 30 tahun.

"Saya sudah berusia 30 tahun, tetapi saya masih dalam tahap fizikal yang baik dan saya rasa saya masih mempunyai beberapa tahun yang baik di hadapan saya. Saya tahu budaya dan bola sepak di sini.

"Jadi saya mahu terus memberikan yang terbaik untuk kelab, menjadi versi terbaik diri saya dan menjadi pemimpin yang baik untuk pasukan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram