Maaf Selangor, isu gaji tak lunturkan rasa cinta Haqimi buat KL City


  • Podium
  • Selasa, 05 Mac 2024

Haqimi mencurahkan kesetiaannya buat KL City FC yang teruk mengalami isu tunggakan gaji sejak musim lalu.

KEMELUT kewangan dihadapi Kuala Lumpur (KL) City menyaksikan beberapa pemain kelab itu mengambil keputusan mencari majikan baharu pada jendela perpindahan kali ini.

Bek tengah, Irfan Zakaria serta penyerang, Romel Morales merupakan yang terawal berbuat demikian dengan masing-masing menyertai Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Malah, khabar angin turut menyebut skuad Warga Kota bakal kehilangan 'ubi muda', Haqimi Azim Rosli yang merupakan antara prospek terhangat ketika ini.

Penyerang tinggi lampai yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan tersebut mempunyai tarikan tersendiri dengan usianya baru sahaja 21 tahun.

BACA LAGI: Saya tetap Harimau Malaya', Haqimi Azim sedia sahut panggilan Piala Asia 2023

428699638_966533534842623_1039456072736349197_n-681x454

Romel kini milik JDT selepas tiga tahun beraksi buat skuad Warga Kota. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Meskipun rekod jaringannya tidaklah begitu membanggakan, ia tidak menghalang kelab Liga Super lain untuk menyambar khidmatnya dengan bakatnya kian terserlah.

Antara pasukan dikhabarkan berminat untuk mendapatkan Haqimi ialah Selangor FC yang masih mahu memperkuatkan barisan serangan bagi saingan musim depan.

Tetapi, penyerang tersebut menegaskan bahawa dia tidak akan meninggalkan KL City FC walaupun tahu akan isu kewangan melanda mereka.

"Saya sudah hubungi mereka (KL City). Tumpuan saya ketika ini hanya fikir bahawa, 'pengalaman datang dahulu sebelum wang'. Tambahan pula, ini adalah masa tepat untuk merebut tempat sebagai penyerang," katanya.

BACA LAGI: Haqimi Azim digugurkan HM, penyerang tersisih JDT, Kedah dan Selangor sesuai jadi calon pengganti

1906545

Haqimi mencuri nama ketika membantu Harimau Malaya dalam Piala AFF 2022.

Haqimi mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air selepas mencipta debut bersama skuad Warga Kota pada 2022 sebelum dipanggil mewakili negara dalam saingan Piala AFF tahun yang sama.

Selain itu, reputasinya turut terserlah setelah menjaringkan satu gol ketika membantu Harimau Malaya menang ke atas Kemboja dengan keputusan 4-0.

Kini, Haqimi dalam misi tersendiri untuk berada dalam senarai ke Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) yang bakal diadakan pada pertengahan tahun.

Bagaimanapun, prestasinya boleh dikatakan tidak berada di tahap terbaik kerana hanya menjaringkan satu gol dan dua bantuan jaringan dalam 23 perlawanan musim lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram