SELEPAS hanya menamatkan saingan Liga Super 2023 di tangga ke-11, Perak FC kini sedang giat mempersiapkan pasukan bagi musim depan.
Kehadiran beberapa pemain baharu, seperti Tommy Mawat Bada dan Ramadhan Hamid merupakan langkah awal diambil mereka untuk meningkatkan mutu skuad.
Bagaimanapun, dengan jendela perpindahan masih terbuka luas, pasukan Utara tanah air tersebut seperti akan terus membawa masuk wajah baharu.
Sasaran utama skuad The Bos Gaurus (TBG) pastinya adalah untuk mendapatkan pemain import berkualiti sesuai dengan struktur kewangan kelab.
BACA LAGI: Dilabel 'low class', Bobie perjelas jersi baharu Perak dibuat hasil pandangan fans TBG
Khidmat Seon-ung (kiri) tidak dikekalkan selepas satu musim sukses bersama Perak FC.
Jadi, Perak FC pasti perlu memastikan calon yang akan dibawa masuk mempunyai kebolehan diperlukan untuk membolehkan pasukan tersebut bersaing lebih baik musim depan.
Berdasarkan skuad TBG ketika ini, perhatian perlu diberikan kepada jentera serangan yang semakin tumpul berikutan pemergian penjaring terbanyak pasukan, Seo Seon-ung.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila baru-baru ini, Perak FC dikaitkan seorang lagi import Korea Selatan, Gi Tae Min yang beraksi di negara kelahirannya.
Perkara berkenaan dikongsikan laman Facebook bola sepak, Malayantigerfans dengan mengatakan perpindahan tersebut masih berstatus khabar angin.
BACA LAGI: Jurulatih import tepati harapan fans TBG lepas tiba dengan reputasi besar musim 2017
Tae-min disebut-sebut sebagai calon import baharu buat skuad TBG. — Facebook/Malayantigerfans
Pemain yang boleh beraksi di posisi sayap itu kini beraksi di divisyen keempat Korea Selatan bersama Seoul Jungnang selepas menyertai pasukan itu pada Mac lalu.
Musim ini, Tae-min mula menyesuaikan diri setelah menjaringkan satu gol dalam lima penampilan bersama pasukannya walaupun baru berusia 22 tahun.
Meskipun rekod itu sukar mengatasi lapan gol yang dijaringkan Seon-ung dalam kesemua pertandingan buat Perak FC musim lalu, ia sedikit sebanyak membuktikan bahawa pihak pengurusan sudah mempunyai calon penyerang sayap baharu.
Skuad kendalian Yusri Che Lah itu turut dikaitkan dengan beberapa import lain, termasuk bek tengah, Luiz Henrique Motta dari Brazil.
Sekiranya perpindahan itu berhasil, Perak FC boleh dianggap sebagai pencabar serius musim depan melihat kepada prestasi mereka penghujung musim lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram