[VIDEO] 'Oppa baharu sudah sampai', Stadium Perak confirm penuh gara-gara bekas pemain K League


  • Podium
  • Sabtu, 02 Mac 2024

Tae-min akan beraksi sebagai penyerang sayap baharu Perak FC musim ini. — Facebook/PerakFC

KEPUTUSAN Perak FC untuk tidak mengekalkan pemain import Korea Selatan, Seo Seo-nung boleh dianggap satu kerugian selepas tonggak sayap kiri berkenaan merupakan penyumbang terbesar jaringan gol The Bos Gaurus (TBG).

Seo-nung merupakan penjaring terbanyak pasukan dengan merekodkan sebanyak lapan gol termasuk satu jaringan dihasilkan ketika aksi Piala Malaysia yang membantu Perak berhasil berjuang sehingga ke saingan separuh akhir.

Selepas tiga bulan pemergian pemain berusia 24 tahun berkenaan dari kem Perak FC, kelab Utara tanah air itu nampaknya tidak menunggu lama untuk mencari penggantinya, yang difahamkan juga berasal dari negara republik tersebut.

Pemain berkenaan ialah Lee Tae-min, yang sebelum ini berkhidmat bersama Liga Divisyen Dua Korea Selatan, Busan I-Park dan penghijrahannya ke Perak FC sudah diumumkan pada Jumaat.

BACA LAGI: Perak hampir sah ikat ‘goal-scoring’ CB dari Brazil

oppa seo

Khidmat Seon-ung (kiri) tidak dikekalkan selepas satu musim sukses bersama Perak FC. — Facebook/PerakFC

Penghijrahan penyerang sayap kiri berusia 20 tahun itu ke skuad TBG sudah menjadi bahan bualan penyokong dan melihat pada ruangan komen, ramai menyambut baik kedatangan Tae-min ke Ipoh.

"Padu ini, kacak lagi. Mesti stadium penuh punya," kata penyokong TBG, Osman Sajjad.

"Jaga-jaga Arif Aiman versi Korea Selatan berbadan besar akan menggegar," tambah penyokong Perak, Sahrimab Tpeng.

"Perak FC kena sasarkan jadi top 4 ini," kata penyokong TBG, Alwi Syafi yang mengharapkan agar Perak mendapat keputusan lebih baik dari musim lepas.

BACA LAGI: ‘JDT elok je main di Larkin’, penyokong Perak tak perlu melatah kena beraksi di Manjung

Tae-min bukan hanya menimba pengalaman bersama Liga K2 tapi juga pernah menyarung jersi pasukan di divisyen tertinggi iaitu Jeonnam Dragons selama enam bulan pada Julai 2023 secara pinjaman dari Busan I-Park.

Musim lepas boleh dikatakan bukan tahun terbaiknya apabila dia diturunkan ke skuad simpanan Busan I-Park untuk beraksi dalam saingan Liga K4 dan diberikan peluang untuk tampil dalam lima perlawanan sahaja.

Walaupun statistik permainannya kurang positif namun ia bukan alasan untuk menyimpulkan persembahan Tae-min di saingan Liga Malaysia (Liga M) dan pemain muda itu berpotensi menjadi lebih baik daripada Seo-nung.

Untuk rekod, pemain berketinggian 1.77 meter itu pernah mewakili pasukan Bawah 17 (B-17) tahun Korea Selatan pada 2020.

Setakat ini, Perak sudah membawa masuk lima pemain baharu iaitu bek kiri, Tommy Mawat Bada, Ariff Ar-Rasyid sebagai bek tengah, kapten Kyrgyzstan Bawah 23 Tahun, Adilet Kanybekov Ramadhan Hamid (penjaga gol) dan pemain tengah menyerang, Nur Azfar Fikri Azhar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram