[VIDEO] Harap macam Thiago Junior dan hebat 'goreng', fans Seladang restu Perak FC ikat bek Brazil


  • Podium
  • Sabtu, 02 Mac 2024

Tae-min akan beraksi sebagai penyerang sayap baharu Perak FC musim ini. — Facebook/PerakFC

SELEPAS sudah mengumumkan ketibaan penyerang sayap Korea Selatan, Lee Tae-min pada Jumaat, Perak FC semakin garang dengan apabila membawa masuk seorang lagi pemain import kelahiran Brazil.

Pemain berkenaan ialah Luiz Henrique Mott yang sebelum ini pernah dikaitkan bakal berhijrah pasukan yang berpangkalan di Utara tanah air itu.

Khabar angin tersebut ternyata benar selepas Perak FC mengumumkan ketibaan bek tengah tersebut di laman rasmi Facebook.

"Luiz Henrique Motta pemain berasal dari Brazil ini bakal memperkuatkan barisan pertahanan Perak FC bagi musim 2024/25.

"Selamat datang ke Keluarga Perak FC, Yob Luiz!," tulisnya.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Oppa baharu sudah sampai', Stadium Perak confirm penuh gara-gara bekas pemain K League

BACA LAGI: JDT pernah 'meluat' keputusan FAM sanggup tangguh game demi Pahang

Kehadiran pemain berusia 26 tahun itu berpotensi membantu memperkuatkan benteng pertahanan The Bos Gaurus (TBG) bagi saingan musim 2024/25.

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong skuad Seladang bersetuju apabila pihak pengurusan Perak FC menandatangani pemain berketinggian 1.88 meter itu.

Difahamkan, kehadiran pertahanan Brazil itu umpama kelahiran semula legenda Perak FC iaitu Thiago Junior Aquino yang pernah beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) musim 2017 sehingga 2019.

Thiago antara pertahanan import yang mempunyai kualiti tersendiri dalam mengekang asakan penyerang lawan dengan ketinggian 1.87 meter menjadi asetnya.

"Padu tengok goreng penyerang team lawan, harap akan jadi macam Thiago Junior," kata Master Key.

"Tengok gameplay hati kering macam Thiago Junior dulu," kata Saidussyahiran Wahap.

"Ada vibe macam Thiago Junior dulu, defend kepala gila boleh goreng naik turun," kata Idham Arif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram