Tak dapat habuan, persatuan sukan culas bayar gaji sebulan


  • Podium
  • Rabu, 06 Mac 2024

Sebuah persatuan sukan dikatakan tidak membayar gaji staf menyebabkan mereka sedikit bergelut dengan masalah kewangan. — Agensi

DALAM hal sukan, ia ibarat sudah menjadi kebiasaan apabila terdapat isu berkenaan pembayaran gaji.

Sering kali kita mendengar terdapat isu berkenaan bayaran gaji yang tidak berjaya dilunaskan hingga ia tertangguh berbulan-bulan lamanya dan memberi kesan terhadap pemain serta atlet.

Malah, perkara tersebut telah menyebabkan sebuah persatuan sukan terkemuka di negara ini mengalami perkara yang sama apabila dipercayai mempunyai masalah kelewatan membayar gaji.

Menurut sumber dalaman Majoriti, sebuah persatuan sukan di Malaysia dikatakan telah mengalami masalah lewat pembayaran gaji selama sebulan hinggakan ia menganggu operasi serta pergerakan mereka.

BACA LAGI: Ibarat mimpi, Ubaidullah tak percaya jumpa JDT di 2 pentas final

pngtree-bankrupt-showing-empty-pockets-spent-white-background-spend-photo-image_16060650

Bukan saja staf, tetapi pemain turut tidak mendapat elaun. — Agensi/ Gambar hiasan

BACA LAGI: Antara pemain konsisten, tonggak Sabah FC perlu kekal bersama Harimau Malaya

Permasalahan tersebut dilihat berlaku bukan terhadap pemain sebaliknya ia melibatkan staf yang berkhidmat sebagai tulang belakang pasukan.

Sumber tersebut turut menyatakan yang beberapa staf telah tidak dibayar gaji selama sebulan. Malah, mereka turut tidak menerima elaun yang sepatutnya diberi selepas mengikuti pasukan di sebuah kejohanan terulung di Timur Tengah.

Di saat staf-staf tidak menerima pembayaran yang sepatutnya menjadi hak mereka, status yang sama turut menimpa pemain yang ditugaskan untuk mengharumkan nama negara.

Mereka juga dikatakan tidak menerima sebarang elaun selepas berjuang bermati-matian untuk menghasilkan keputusan baik buat Malaysia.

Pendedahan ini nyata mengejutkan kerana persatuan tersebut sudah lama tidak mendengar isu berkenaan kewangan memandangkan mereka mempunyai sumber yang kukuh daripada badan induk sukan itu di peringkat dunia.

Bahkan, persatuan sukan itu dikatakan menerima sejumlah peruntukan besar sebelum memikul misi mengharumkan nama negara.

Khabar angin itu nyata mengecewakan kerana kebajikan staf tidak berhasil dijaga dengan baik. Di saat kejayaan mula dicipta sedikit demi sedikit, terdapat cerita yang kurang enak mula kedengaran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram