Ibarat mimpi, Ubaidullah tak percaya jumpa JDT di 2 pentas final


  • Podium
  • Sabtu, 11 Nov 2023

Ubaidullah beraksi dalam empat perlawanan dalam Liga Super dan lima dalam Piala Malaysia bersama skuad utama. — Facebook/TFC

PEMAIN pertahanan tengah Terengganu, Ubaidullah Samsul Fazili antara ubi muda yang semakin menjadi mencuri tumpuan baik penyokong mahupun jurulatih sehingga berjaya merebut posisi tersebut.

Pemain Bawah 23 tahun negara, yang lebih dikenali sebagai Ubai itu akan beraksi dalam dua perlawanan akhir dengan skuad Sang Penyu iaiatu Piala MFL dan Piala Malaysia menentang lawan yang sama, Johor Darul Takzim (JDT).

Ubaidullah dijangka akan menjadi kesebelasan utama apabila Terengganu II menentang JDT II dalam perlawanan akhir Piala MFL di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur.

Bek tengah berusia 19 tahun itu mengakui tidak pernah dalam hidupnya bahawa dia akan beraksi di dua pentas final pada tahun ini.

“Dua perlawanan akhir dalam satu musim – ia menakjubkan. Bagi anak muda seperti saya, ia seperti mimpi. Tambahan pula hakikat bahawa kami bermain menentang JDT... menjadikannya ia semakin sukar dipercayai," katanya.

Ubaidullah menegaskan bahawa sebelum musim bermula, sasarannya hanya untuk fokus kepada perkembangan bersama Terengganu II dalam Piala MFL.

WhatsApp Image 2023-11-11 at 09.47.41

Ubaidullah antara ubi muda yang kian meningkat naik pada musim ini. — Facebook/TFC

Perkara itu direalisasikannya dengan beraksi dalam 15 perlawanan dan memainkan peranan penting dalam membantu mereka mengungguli Kumpulan A dengan 34 mata.

Dalam saingan peringkat seterusnya, pasukan kendalian Hairuddin Omar sekali lagi mengungguli kumpulan dan layak ke final dengan mereka akan berdepan JDT II yang berada pada kedudukan kedua.

Persembahan cemerlang Ubaidullah menarik perhatian jurulatih pasukan utama Terengganu, Tomislav Steinbruckner yang memberinya peluang untuk beberapa aksi Liga Super dan Piala Malaysia.

Dia sekali lagi tidak mengecewakan apabila bermain empat perlawanan dalam Liga Super dan lima dalam Piala Malaysia, pertahanan mantapnya membantu Terengganu mengadakan pertembungan dengan JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 8 Disember.

Selain itu, Ubaidullah turut beraksi dalam Piala AFC sebanyak dua kali, peluang itu jelas memberikan kesan yang cukup memberangsangkan kepada kariernya.

Jika dia terus memenangi kedua-dua perlawanan akhir bersama Terengganu, Ubaidullah akan menjadi aset penting dan Penyu mungkin menghadapi kesukaran untuk mempertahankannya daripada kelab gergasi yang sedang memantaunya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram