Antara pemain konsisten, tonggak Sabah FC perlu kekal bersama Harimau Malaya


  • Podium
  • Ahad, 21 Jan 2024

Stuart Wilkin (tengah) cuba merampas bola daripada pemain Bahrain bagi membantu Harimau Malaya menguasai permainan. — Facebook/FAM

PERJALANAN Harimau Malaya dalam saingan Kumpulan E Piala Asia 2023 di Qatar terhenti selepas tewas 0-1 ketika berdepan Bahrain pada Sabtu.

Jaringan minit-minit akhir Ali Mardan di Stadium Jassim Bin Hamad, Qatar itu bukan sahaja membantu Bahrain meraih tiga mata namun sekali gus memastikan pasukan kendalian Juan Antonio Pizzi mara ke pusingan kalah mati.

Skuad kebangsaan yang mengalami dua kekalahan berturut-turut itu nampaknya tidak berpeluang untuk merebut slot ke pusingan kalah mati.

Lebih mengecewakan lagi, penyokong berasakan kegagalan membawa pulang sebarang mata itu berpunca daripada gaya permainan yang tidak menceritakan prestasi sebenar pasukan negara.

BACA LAGI: Teong Kim puji persembahan Malaysia, sentuh soal usia pemain

WhatsApp Image 2024-01-21 at 18.34.46

Wilkin (kanan) ketika dikawal ketat oleh dua pemain Bahrain. — Facebook/FAM

BACA LAGI: Ramai anggap jeneral tengah Selangor lebih sesuai diberi peluang berbanding Natxo

Malah, keputusan membawa masuk pemain tengah Johor Darul Takzim (JDT), Natxo Insa pada separuh masa kedua permainan turut menerima kritikan dan kecaman yang hebat daripada ekor Harimau Malaya.

Penyokong menganggap keputusan tersebut tidak masuk akal berikutan kegagalan Natxo Insa dalam menyekat hantaran lawan.

Berikutan kekalahan di bumi Qatar tersebut, penyokong tanah air berpendapat bahawa pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon perlu mengekalkan tonggak Sabah FC, Stuart Wilkin dalam pasukan Harimau Malaya kelak.

Hal ini kerana, Wilkin menjadi satu-satunya pemain kebangsaan yang menyerlah dan sentiasa konsisten dalam dua perlawanan di Qatar itu.

"Stuart antara pemain yang perlu dikekalkan dalam skuad Harimau Malaya,rugi kalau buang dia ni," kata Jonney Jonney.

"Inilah contoh pemain yang bagus, suka mengintai peluang gol dari luar kotak, padulah Stuart Wilkin," kata Tangah Tungkal.

"Boleh hilang semangat penjaga gol lawan oleh dia ni, tiba-tiba pandai shooting dari jarak jau," kata Rickly Nell. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram