Rancak rekrut pemain tempatan, duo ex import TFC tunggu masa diumum sertai Kedah


  • Podium
  • Selasa, 05 Mac 2024

Syafiq (kiri) dan Rizal (kanan) antara rekrut Kedah untuk musim 2024/2025. — Facebook/KDA FC

KERANCAKAN Kedah Darul Aman FC dalam usaha membawa pemain baharu telah bermula apabila skuad kendalian Nafuzi Zain mula mengumumkan kemasukan pemain-pemain baharu.

Keterujaan dalam kalangan penyokong dimulakan apabila Sang Kenari mengumumkan ketibaan penyerang kebangsaan, Syafiq Ahmad sebagai rekrut pertama mereka musim ini.

Ia kemudiannya diikuti dengan kepulangan semula dua lagi pemain iaitu Rizal Ghazali, Zamri Pin Ramli dan Irfan Zakaria yang akan menguatkan pertahanan Kedah musim ini.

BACA LAGI: Bukan Penang, tapi Syafiq Ahmad sertai Kedah buat kali ketiga

BACA LAGI: Misteri klu bendera Brazil terjawab, Penang bawa masuk Rodrigo Dias kuatkan serangan

Nama-nama untuk pemain tempatan mungkin sudah mula dikeluarkan sedikit demi sedikit oleh Kedah. Tetapi bagaimana pula dengan pemain import? Adakah Sang Kenari akan tampil tanpa tenaga dari luar negara selepas lepaskan lapan pemain import?

Jawapannya adalah Kedah akan tetap tampil dengan pemain-pemain import dengan mereka dijangka akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

Menurut sumber Majoriti, Kedah dilaporkan akan membawa masuk dua bekas pemain import Terengganu FC iaitu Sony Norde dan Habib Haroon.

Kedua-dua pemain tersebut dilaporkan telah bersetuju untuk menyertai kelab tersebut dengan mereka dilihat bakal menambah sengat di bahagian serangan dan tengah Kedah.

Ia dilihat sebagai satu nilai tambah buat Kedah apabila kedua-dua pemain ini pernah beraksi untuk Nafuzi ketika mereka berada di Terengganu sebelum ini.

Perpindahan ini dilihat sebagai gantian kepada pemergian pegawai pasukan, Zul Fadzli Rozi atau Joe Rozi yang kembali semula ke pangkuan Terengganu.

Selain itu, kelab Pantai Timur itu dilihat akan menerima semula pemain tengah yang juga ketua pasukan Kedah iaitu Manny Ott selepas semusim berkelana di Utara Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram