Bukan Penang, tapi Syafiq Ahmad sertai Kedah buat kali ketiga


  • Podium
  • Selasa, 05 Mac 2024

Syafiq kembali berkhidmat untuk Kedah buat kali ketiga dalam kariernya. — Facebook/KDA FC

SEPERTI sirih pulang ke gagang, Kedah Darul Aman FC bersatu semula dengan penyerang kebangsaan iaitu Syafiq Ahmad.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab, Syafiq kembali menyertai Sang Kenari untuk kali ketiga ke Stadium Darul Aman selepas pernah bersama mereka pada musim 2022.

Syafiq menyertai Kedah selama pinjaman semusim dari kelab asalnya iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT).

"KDA FC dengan bangga mengumumkan kepulangan Muhammad Syafiq Ahmad ke pangkuan pasukan Sang Kenari di musim 2024-2025. Dengan persetujuan bersama kedua-dua kelab, status pemain pinjaman dari Johor Darul Ta'zim FC.

"Tidak perlu diperkenalkan lagi, pemain yang cukup prolifik dengan tandukan padu di Liga Malaysia dan peringkat antarabangsa. Syafiq akan memperkuatkan jentera serangan pasukan Sang Kenari," ujar Kedah.

BACA LAGI: Misteri klu bendera Brazil terjawab, Penang bawa masuk Rodrigo Dias kuatkan serangan

BACA LAGI: 'Benda baik pasti akan datang', Hidalgo beri mesej akhirnya temui jalan pulang ke Sri Pahang

Syafiq menjadi rekrut pertama Kedah untuk musim ini selepas Sang Kenari pada Isnin telah melepaskan lapan pemain import mereka.

Walaupun hanya sekadar pinjaman, tetapi kepulangan Syafiq membolehkan Kedah untuk menguatkan barisan serangan sekali gus memastikan cabaran Kedah tidak layu musim ini.

Dengan hadirnya Syafiq ke kem Kedah, ia sekali gus menutup gosip perpindahan yang dia akan menyertai Penang FC sebelum ini.

Sebagai rekod, ini adalah kali ketiga Syafiq menyertai Kedah dalam kariernya. Sebagai kelab pertamanya, Syafiq bersama Kedah dari sebelum menyertai pada 2017.

Dia kembali semula ke Alor Setar pada musim 2022 namun pinjamannya hantar setakat separuh musim apabila dipanggil semula oleh JDT.

Kini kembali semula ke Kedah, Syafiq boleh menyelesaikan semula apa yang tertinggal dalam urusannya bersama-sama Kedah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram