SELEPAS berteka-teki, akhirnya kelab Liga Super, Penang FC berjaya mendapatkan penyerang baharu iaitu Rodrigo Dias.
Penyerang baharu tersebut yang berusia 30 tahun direkrut Harimau Kumbang untuk menggantikan barisan serangan yang dikemudi Soony Saad dan Abdul Abdeen pada musim lalu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Penang, mereka mengumumkan ketibaan penyerang tersebut yang sebelum ini berkhidmat di Vietnam dalam saingan utama mereka.
"Memperkenalkan pemain baharu pasukan Penang FC musim 2024/25, Rodrigo Dias dari Brazil kini Harimau Kumbang.
"Rodrigo Da Silva Dias, lahir pada 26 Januari 1994 di Governador Valadares, merupakan pemain bola sepak profesional dari Brazil yang sebelum ini bermain sebagai penyerang untuk kelab V.League 1 Nam Dịnh," kata Penang.
BACA LAGI: Tinggal tunggu 'done deal', Mano Polking bakal ikat kontrak bersama Selangor
BACA LAGI: Assifuah ada pilihan sertai seteru Sang Kenari, hidupkan 'Kedah Connection' bersama King Dayo
Untuk rekod, Dias beraksi untuk tiga kelab di Vietnam iaitu Quang Nam, Nam Dinh serta Da Nang sebelum berpindah ke Khaitan SC di Kuwait.
Dengan pengumuman yang dilakukan oleh Penang, maka terlerailah teka-teki pengendali Harimau Kumbang, Akmal Rizal sebelum ini mengenai watak pemain import kelab itu untuk musim 2024/2025.
Akmal pada 1 Februari di laman X (Twitter) miliknya telah memberikan klu pemain import baharu kelabnya dengan meletakkan beberapa bendera dan itu menyebabkan timbulnya teka-teki dalam kalangan peminat.
— Akmal Rizal @ AR14 (@dekman14) February 1, 2024
Salahnya satunya adalah bendera Brazil. Pada mulanya, ramai yang berasakan bendera itu ditujukan kepada Rafael Vitor yang dikekalkan dalam skuad Penang musim ini kerana itulah negara asalnya.
Akan tetapi, jangkaan itu nyata meleset apabila ia sebenarnya merujuk kepada Dias.
Maka dengan itu, terdapat dua lagi bendera yang masih menjadi tanda tanya. Selain Brazil, Akmal pernah memuat naik bendera Chile dan Rwanda yang terletak di benua Afrika.
Satu misteri telah terungkai, kini ada dua lagi yang tinggal untuk dibongkarkan oleh Penang dalam masa terdekat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram