PENYERANG berbisa Sabah FC, Darren Lok bertekad menjadikan pertemuan menentang Oman sebagai medan terbaik untuk membantu Harimau Malaya meraih kemenangan.
Meskipun Malaysia hanya mengutip satu mata dalam Piala Asia 2023 selepas mengikat Korea Selatan 3-3 dalam perlawanan terakhir kumpulan E, Darren mempunyai banyak perkara positif yang perlu diambil.
“Ia adalah masa yang sibuk, tetapi mewakili Malaysia di Piala Asia adalah sesuatu yang tidak akan dilupakan. Ia tidak berjalan sebaik yang kami harapkan tetapi kami menunjukkan pada perlawanan terakhir apa yang kami mampu.
“Bagaimanapun, ia memberikan kami keyakinan untuk menghadapi kelayakan Piala Dunia seterusnya," katanya.
BACA LAGI: 'Sisi gelap' Mano Polking bakal berulang jika sah diikat Selangor
Darren Lok tekad bantu Harimau Malaya meskipun tewas dalam saingan Piala AFC. — Facebook/Sabahfc
BACA LAGI: Sukar wakili negara tak halang hasrat Penang naturalisasikan Rafael Vitor
Meskipun Sabah tewas 0-3 kepada Macarthur FC pada peringkat separuh akhir Zon ASEAN dalam saingan Piala AFC, kekalahan tersebut tidak melunturkan semangat juang Darren untuk beraksi lebih baik bersama Malaysia.
“Bagi kempen Piala AFC bersama Sabah, sekali lagi ia datang pada masa yang tidak baik untuk kami dan kami tidak bersedia seperti yang kami harapkan tetapi saya fikir kami boleh berbangga dengan apa yang telahKumpulan D pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026-Piala Asia 2027 menentang Oman di Muscat, Oman (21 Mac) dan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (26 Mac). kami capai.
"Berjaya ke pusingan seterusnya adalah keputusan yang positif untuk kelab dan kami harap boleh memperbaikinya untuk musim akan datang.
"Saya berharap untuk kekal cergas, sihat dan memberikan yang terbaik apabila mewakili kelab atau negara. Saya mahu memenangi setiap perlawanan yang saya mainkan, tetapi sekarang saya perlu fokus pada dua perlawanan menentang Oman ini," katanya.
Meskipun berusia 33 tahun, Darren kekal sebagai penyerang terbaik untuk pasukan kebangsaan kerana penyudahnya yang mengagumkan.
Bersama pasukan kebangsaan, Darren bakal bergandingan dengan penyerang muda, Haqimi Azim Rosli.
“Ia akan menjadi pengalaman berharga buat pemain muda.
"Saya teruja untuk bergandingan dengan Haqimi, yang merupakan bakat muda yang baik dan mampu memperoleh banyak caps," katanya.
Malaysia akan berdepan Oman dalam Kumpulan D pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Muscat, Oman (21 Mac) dan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (26 Mac). — The Star/T.AVINESHWARAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram