Sukar wakili negara tak halang hasrat Penang naturalisasikan Rafael Vitor


  • Podium
  • Selasa, 05 Mac 2024

Rafael Vitor sudah boleh dinaturalisasikan selepas lima tahun beraksi buat Harimau Kumbang. — Facebook/Penang FC

SEPANJANG lima musim beraksi buat skuad Harimau Kumbang, Rafael Vitor boleh diangkat sebagai salah seorang bek yang cukup konsisten.

Meskipun rekod pertahanan pasukan tidaklah begitu cemerlang, pemain dari Brazil itu masih sesuai diberikan pujian dari aspek individual.

Kesetiannya dan persembahannya sudah cukup untuk Penang FC memberikan peranan kapten buatnya bermula musim lalu ketika berada di bawah kendalian Chong Yee Fatt.

Malah, kelab terbabit dilihat mahu terus mengiktiraf sumbangan bek tengah itu kerana mahu memberikan status naturalisasi buatnya dalam masa terdekat.

Pemerhati sukan, Fina Nasrom berkata, terdapat usaha daripada Penang FC dalam merealisasikan permintaan penyokong skuad Harimau Kumbang itu.

BACA LAGI: Tewas dengan 10 pemain KL City, fans Penang berang kesilapan mudah Rafael Vitor

82304829_2607588829475127_5160620368280420352_n

Rafael Vitor (dua dari kanan) menyertai skuad Harimau Kumbang pada 2020. — Facebook/FA Penang

BACA LAGI: Lagi 2 tahun dinaturalisasi, Rafael Vitor kekal bersama Harimau Kumbang

Perkara berkenaan diumumkan Pengurus Besar Penang FC, Jeffrey Chew yang berharap agar proses terbabit dapat diselesaikan pada 2025.

"Mungkin dinaturalisasikan tahun depan. Prosesnya akan bermula tahun ini dan kami akan melihatnya tahun depan.

"Kami memiliki pemain yang boleh dinaturaliskan dan harap-harap dia bersetuju untuk dinaturalisasikan tahun depan, jadi kita akan lihat apa yang akan berlaku," katanya.

Rafael menyertai skuad Harimau Kumbang dari kelab Brazil, Nacional-AM dengan kehadirannya membantu pasukan itu menjuarai Liga Perdana 2020.

Sekiranya proses itu diselesaikan, pemain terbabit masih tidak berpeluang beraksi buat Harimau Malaya yang menghentikan program naturalisasi baru-baru ini.

Namun, perkara berkenaan pasti tidak akan memberi kesan terhadap hasrat Penang FC yang cukup berminat untuk meneruskan komitmen jangka masa panjang pemain itu.

Malah, Rafael juga semestinya memahami situasi terbabit dengan usianya yang lanjut sedikit sebanyak menutup peluangnya beraksi di pentas antarabangsa. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram