EKORAN kemerosotan mendadak mutu pasukan bola sepak SV Darmstadt, satu perjumpaan khusus antara barisan kejurulatihan dan pemain bersama Capo Ultras berlaku selepas perlawanan di Bundesliga.
Capo Ultras Darmstadt mengambil keputusan untuk bersemuka dengan pemain di atas padang berikutan kekalahan memalukan 0-6 di laman sendiri kepada Augsburg.
Perkara tersebut dikongsikan di laman X dengan memaparkan ahli Capo Ultras tersebut yang marah berlari ke padang untuk bersemuka dengan pemain selepas perlawanan berkenaan.
BACA LAGI: [VIDEO] Lepas ucap terima kasih Joe Rozi, Kedah bagi teaser interviu 'kekasih lama'
Menariknya dalam video berkenaan, bukan sahaja pemain yang dikritik oleh peminat tersebut malah jurulatih skuad itu turut terpalit dengan kemarahan penyokong tegar tersebut.
Meskipun menerima teguran kasar daripada peminat mereka, pasukan Darmstadt bagaimanapun dilihat akur dengan kritikan tersebut.
Kejadian tersebut berlaku ekoran kelab itu kini menduduki kedudukan tercorot liga.
Sepanjang 23 perlawanan berlangsung, Darmstadt hanya meraih dua kemenangan, tujuh kali seri dan 15 kekalahan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram