'Tertomoih 3 kali, bangkit terbang 8 kali', fans salute pemain senior Kedah siap selit mesej buat Ifwat Akmal


  • Podium
  • Isnin, 04 Mac 2024

Kedah melepaskan lapan pemain import mereka musim lalu pada Isnin. — Facebook/KDA FC

KEDAH Darul Aman (KDA) FC pada Isnin membuat tindakan drastik dengan melepaskan lapan pemain import sekali gus pada Isnin.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab di Facebook, Kedah telah bersetuju untuk berpisah dengan Ifedayo Olusegun, Moses Etede, Manuel Hidalgo, Amirbek Juraboev, Ebenezer Assifuah, Alan Robertson, dan Jonathan Balotelli.

Meskipun kehilangan khidmat pemain import, KDA FC mengumumkan masih mengekalkan lapan orang pemain yang akan terus berbakti bagi musim baharu 2024/2025.

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas ucap terima kasih Joe Rozi, Kedah bagi teaser interviu 'kekasih lama'

WhatsApp Image 2024-03-04 at 21.27.57

Antara watak penting yang setia beraksi bersama KDA FC musim depan. — Facebook/KDA FC

BACA LAGI: [VIDEO] Sudah tiba di Malaysia, Penang FC ikat jelmaan Casagrande

Difahamkan, lapan pemain tersebut menerima tawaran kontrak baharu bersama KDA FC meskipun kini kelab itu mengalami masalah kewangan.

"KDA FC mengucapkan tahniah buat pemain-pemain yang menerima tawaran kontrak baharu bersama pasukan Liga Super KDA FC.

"Berjuanglah sejiwa murni buat Mohd Ifwat Akmal bin Chek Kassim, Mohd Fadzrul Danel bin Mohd Nizam, Muhammad Amirul Hisyam bin Awang Kechik, Muhammad Ariff Farhan bin Md Isa, Mohd Akmal bin Md Zahir, Abdul Halim bin Saari, Mohd Loqman Hakim bin Marzuki dan Mohammad Fikri bin Che Soh," tulisnya di Facebook.

Bagaimanapun, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong memuji tindakan pemain yang mahu berjuang bersama skuad Sang Kenari itu.

Lebih menarik lagi, terdapat segelintir penyokong meninggalkan pesanan ringkas kepada penjaga gol Sang Kenari, Ifwat Akmal agar kembali beraksi menjaga pintu gawang KDA FC musim depan.

"Terima kasih kerana masih berjuang untuk Hijau Kuning. Kami penyokong tetap setia jatuh dan bangun, 'tertomoih' (tersungkur) tiga kali kita bangkit terbang lapan kali," kata Shahril Khairi Abdul Shukor.

"Tabik springlah, tiada gaji pun player senior masih stay lagi, ini baru betul demi lencana di dada," kata John Zhen Li.

"Ifwat tolong ambil balik tapak (tempat) sebagai keeper utama," kata Mat Jan.

Untuk rekod, ketika ini, penjaga gol utama Kedah ialah Kalamullah Al-Hafiz dengan 21 penampilan sepanjang musim lalu. Ifwat pula merekodkan lima penampilan dengan jumlah 450 minit permainan secara keseluruhan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram