MENJELANG saingan Liga Malaysia musim 2024/25, Penang FC antara pasukan yang sudah mengorak langkah dengan meneliti calon sesuai untuk mengisi dua lagi kekosongan pemain import.
Ketika ini, pasukan kendalian Akmal Rizal Rakhli itu dilihat masih mengekalkan khidmat seorang pemain import, Rafael Victor bagi menghadapi saingan Liga M nanti.
Sebelum ini, wartawan tanah air, Fina Nasrom pernah mendedahkan Penang FC dalam misi mendapatkan seorang penyerang import yang berketinggian 1.92 meter bagi membantu skuad tersebut mengharungi saingan Liga M nanti.
BACA LAGI: Ketandusan penyerang seperti Safee Sali, fans setuju FAM henti program naturalisasi
BACA LAGI: [VIDEO] Lepas ucap terima kasih Joe Rozi, Kedah bagi teaser interviu 'kekasih lama'
Susulan itu, dalam perkembangan lain, Fina Nasrom sudah pun mendedahkan individu tersebut di laman X.
"Welcome Rodrigo Dias. Penyerang baru untuk Penang FC. Lulus medical check up hari ini," ciapnya.
Difahamkan, Rodrigo Dias sebelum ini beraksi dengan sebuah pasukan dari Liga Premier Kuwait.
Pastinya sentuhan penyerang kelahiran Brazil yang dikatakan mirip Casagrande itu dijangka berpotensi untuk membantu skuad Harimau Kumbang dalam menghasilkan jaringan.
Casagrande pernah menjadi sebutan peminat di kelab Utara itu di antara musim 2019 hingga 2023 berikutan kemampuannya dalam perebutan bola di udara.
Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong tidak sabar untuk melihat penyerang kelahiran Brazil itu beraksi di atas padang.
"Pakej tiga dalam satu, good penalty taker, excellent power header, freekick accuracy. Diharap fit dan sihat serta bebas daripada kecederaan," kata Md Azrie.
"Terbaik, Rodrigo Dias jelmaan Casagrande, padu bak hang," kata Muhd Elias.
"Biasa main di liga Vietnam , Portugal, Kuwait dan Brazil, confirm padu ni," kata Hafiz Sahak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram