Ketandusan penyerang seperti Safee Sali, fans setuju FAM henti program naturalisasi


  • Podium
  • Isnin, 04 Mac 2024

Sebahagian momen manis ketika skuad Harimau Malaya meraikan gol penyamaan yang dicetak oleh penyerang naturalisasi, Romel Morales. — Facebook/FAM

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menghentikan sementara program naturalisasi pemain di peringkat kebangsaan.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Adam Adli Abdul Halim yang mengatakan bahawa langkah tersebut adalah bagi memberi peluang kepada pemain tempatan untuk membarisi skuad kebangsaan.

Menurutnya, langkah tersebut adalah bertujuan untuk menumpukan usaha mempertingkatkan prestasi bola sepak negara secara menyeluruh dengan memberi fokus kepada pembangunan sukan itu dalam kalangan pemain tempatan.

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas ucap terima kasih Joe Rozi, Kedah bagi teaser interviu 'kekasih lama'

Romel Moraless

Romel diberikan peluang beraksi bersama Harimau Malaya ketika saingan Piala Asia 2023 selepas menerima status naturalisasi.

BACA LAGI: Sri Pahang antara 3 kelab bernafsu sailang Ifedayo sebelum sah 'digari' The Cops

Meskipun menghentikan program tersebut di peringkat kebangsaan, Adam Adli berkata, kelab bola sepak yang bernaung di bawah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagaimanapun tidak menghalang kelab ataupun negeri untuk meneruskan program naturalisasi kerana itu adalah hak setiap pihak pengurusan berkenaan.

Tindakan tersebut mendapat maklum balas positif daripada penyokong yang bersetuju dengan langkah awal FAM memberi peluang kepada pemain tempatan.

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong tanah air bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh KBS itu.

"Disebabkan naturalisasi, kita langsung tiada pelapis penyerang berbisa seperti Safee Sali, Akmal Rizal dan lain-lain. Naturalisasi seperti Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula membazir dan memalukan," kata PakCik PaYed.

"Setuju dengan tindakan FAM, ramai lagi pemain tempatan yang berkualiti boleh mewakili negara," kata Neezam Kamal.

"Betul bagi peluang dekat player local, naturalisasi sekarang pun tak perform," kata Muhamad Akbar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram