AKSI bola sepak di negara-negara Amerika Selatan, terutamanya sekitar Brazil dan Argentina sering menyajikan insiden yang sukar dilupakan peminat.
Baru-baru ini, satu kejadian menarik direkodkan ketika pertembungan dua kelab gergasi, Botafogo dan Fluminense dalam saingan Carioca Serie A di Brazil pada Isnin.
Perlawanan yang juga dikenali sebagai 'Derby Rio de Jainero' itu sememangnya dinanti-nantikan melihat kepada rekod cemerlang mereka bertahun-tahun lamanya.
Namun, dalam aksi kali ini, insiden mencuit hati tercetus ketika pemain Botafogo, Yarlen diheret ke dalam padang oleh rakannya, Hugo pada penghujung masa tambahan babak pertama.
BACA LAGI: Misteri klu bendera Brazil terjawab, Penang bawa masuk Rodrigo Dias kuatkan serangan
BACA LAGI: Perak hampir sah ikat ‘goal-scoring’ CB dari Brazil
Tindakan itu dibuat bagi membolehkan pengadil memberhentikan permainan dan memberikan bantuan kecemasan buat pemain pelawat tersebut.
Bagaimanapun, idea licik tersebut segera disedari lawan apabila dua pemain Fluminense, Matheus Martinelli dan Felipe Alves yang segera mengheretnya ke luar padang.
Kekasaran berkenaan menyaksikan pemain kedua-dua pasukan segera mengerumuni kawasan terbabit dengan masing-masing cuba menghangatkan perlawanan.
Namun, insiden lebih teruk tidak tercetus selepas masing-masing berjaya menenangkan keadaan sebelum perlawanan diteruskan beberapa minit sebelum wisel penamat babak pertama ditiupkan.
Aksi di Stadium Maracana, Brazil itu menyaksikan Botafogo meraih kemenangan 4-2, sekali gus meneruskan kemaraan dalam kejohanan berkenaan.
Tetapi, tumpuan masih diberikan kepada insiden melibatkan Yarlen dan dua pemain Fluminense itu yang kini menjadi bahan bualan peminat bola sepak global. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram