Perak hampir sah ikat ‘goal-scoring’ CB dari Brazil


  • Podium
  • Rabu, 28 Feb 2024

Luiz Henrique Motta (kanan) merupakan pertahanan dari Brazil. — Agensi

PERSIAPAN untuk kelab Liga Super, Perak FC dilihat semakin baik untuk mereka terutamanya untuk bahagian pertahanan apabila mereka dijangka akan mendapatkan seorang pemain kental.

Dalam usaha memastikan benteng pertahanan akan menjadi lebih kental, Perak dilihat mahu mendapatkan pemain import berkualiti dari Brazil bagi musim 2024/2025.

Skuad The Bos Gaurus (TBG) dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan pertahanan dari Brazil iaitu Luiz Henrique Motta yang berusia 26 tahun.

Pemain pertahanan yang beraksi untuk Comercial SP itu dikatakan dalam perjalanan ke Malaysia untuk mengesahkan perpindahan menyertai TBG.

Apa yang menariknya mengenai pemain ini, Motta dikatakan mempunyai kualiti bukan saja sebagai pemain pertahanan tetapi dia juga boleh menjaringkan gol.

BACA LAGI: Lepas Nafuzi, nama Tan Cheng Hoe pula dipetik bakal tinggalkan kelab

905668_med__20220622162425_luiz_henrique_motta

Luiz Henrique Motta (dua dari kanan) mempunyai kebolehan menjaringkan gol dengan baik untuk seorang pertahanan. — Majoriti

BACA LAGI: JDT borong 4 pemain termasuk kembar KL City, Manuel Hidalgo

Motta dianggap sebagai goal-scoring center-back dan ia menjadi nilai tambah buat pemain tersebut. Sebagai rekod, dalam sembilan penampilannya bersama Comercial SP dalam liga musim ini, Motta telah menghasilkan lima gol.

Selain itu, Motta juga dianggap sebagai pemain yang versatil kerana bukan saja boleh beraksi di kedua-dua belah bahagian pertahanan tengah. Dia juga boleh bermain sebagai pemain tengah bertahan (defensive midfielder).

Melihat kepada perkhabaran ini, penyokong Perak nyata teruja kerana mereka akan memperoleh seorang pemain berkualiti yang mampu menguatkan barisan pertahanan TBG.

"Jenis pertahanan tengah yang jaringkan gol, kepala padu. Kadang-kadang ke depan juga bawa bola. Mungkin akan kerap hilang dari posisi, semoga dia dapat ikut taktikal Yusri Che Lah," kata penyokong bernama Chifuyu Matsuno.

"Macam ni gaya, boleh padu pertahanan Perak musim ni," ujar Roslan Ahmad pula.

"Harapnya serasilah kalau bermain dengan Perak nanti. Kita perlu pertahanan padu barulah tak mudah bolos macam sebelum ni," komen Faizal Isman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram