Jodoh Rizal-Sabah berakhir, pilih pulang ke kampung bersama Sang Kenari


  • Podium
  • Selasa, 05 Mac 2024

Rizal (tengah) mencatatkan satu karier yang cemerlang sepanjang beberapa tahun beraksi buat skuad Sang Kenari. — Agensi

KEDAH Darul Aman (KDA) FC meneruskan aktiviti perpindahan bagi musim depan apabila mengumumkan kehadiran rekrut kedua, Rizal Ghazali.

Pengumuman tersebut dibuat selepas mereka menyambut kepulangan penyerang, Syafiq Ahmad yang tiba dengan status pinjaman dari Johor Darul Ta'zim.

Kemasukan Rizal pasti membawa keriangan buat penyokong Hijau Kuning yang cukup sinonim dengan pemain yang pernah beraksi buat kelab Utara tanah air itu selama beberapa musim.

"KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Rizal Ghazali, pemain yang mencipta nama suatu masa dahulu bersama skuad Hijau Kuning dan antara pertahanan kanan terbaik pernah beraksi di Liga Malaysia.

BACA LAGI: Bukan Penang, tapi Syafiq Ahmad sertai Kedah buat kali ketiga

429654841_440696058311577_5065919783364244210_n

Rizal diumumkan pemain baharu skuad Sang Kenari bagi musim 2024/25. Facebook/KDA FC

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas ucap terima kasih Joe Rozi, Kedah bagi teaser interviu 'kekasih lama'

"Selepas berkelana beberapa tahun, dia kembali ke bumi Jelapang Padi menabur bakti. Enough talking, time to work! Pulun Kedah Pulun!" tulisnya.

Rizal atau juga dikenali sebagai Jai sebelum ini beraksi buat Sabah FC untuk dua musim dengan dia membantu pasukan tersebut layak ke Piala AFC 2023.

Meskipun sudah berusia 31 tahun, bek kanan itu sering memberikan persembahan terbaik dari segi serangan mahupun pertahanan setiap kali diturunkan.

Sepanjang beberapa tahun beraksi buat skuad Sang Kenari, Rizal pernah menggondol beberapa gelaran, seperti Piala Malaysia 2016 dan Piala Sumbangsih 2017. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram