Tewas dengan 10 pemain KL City, fans Penang berang kesilapan mudah Rafael Vitor


  • Podium
  • Jumaat, 18 Ogos 2023

Penang FC tewas di tangan KL City dengan agregat 5-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Jumaat. — Facebook/Penang FC

WALAUPUN beraksi sebanyak 10 pemain ia tidak menghalang Kuala Lumpur City FC (KL City) untuk mara ke pusingan suku akhir Piala Malaysia apabila berkelebihan menerusi agregat 5-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Jumaat.

Pemain pertahanan KL City, Giancarlo Gallifuoco dilayangkan kad merah seawal minit ke-15 perlawanan selepas mengasari penyerang Penang FC, Soony Saad yang mempunyai peluang untuk menjaringkan gol.

Layangan kad merah itu memaksa Nenad Bacina menukar percaturan dengan meletakkan Kenny Pallraj sebagai pertahanan tengah.

Permainan kembali seimbang pada babak separuh masa pertama dengan Harimau Kumbang lebih banyak menyerang ke arah kawasan pertahanan KL City.

Pemain pertahanan Penang, Haziq Puad nyaris menerima nasib sama seperti Gallifuoco apabila hanya dilayangkan kad kuning selepas mengasari Kipre Tchetche sebelum tamat separuh masa pertama.

WhatsApp Image 2023-08-18 at 9.47.50 PM

Kesebelasan utama kedua-dua pasukan.

Bersambung babak kedua, pasukan Penang cuba melakukan asakan ke arah pertahanan KL City untuk mencari kesempatan menjaringkan gol.

Namun kesilapan ketua pasukan Penang, Rafael Vitor memberi peluang Kipre untuk menambah derita Harimau Kumbang menerusi tampanan mudah pada minit ke-70 permainan.

Walaupun Penang cuba bangkit menerusi pelbagai asakan tetapi kecekapan benteng pertahanan The City Boys mengagalkan percubaan anak-anak buah Chong Yee Fatt itu.

Keputusan kekal 1-0 sekali gus KL City layak ke pusingan seterusnya menerusi agregat 5-0 manakala Penang tersingkir awal daripada kejohanan Piala Malaysia 2023.

Kipre

Kipre berjaya menjaringkan satu gol buat KL City sekali gus memberikan kemenangan buat The City Boys. MFL

Kekalahan Penang itu ternyata membuatkan penyokong Harimau Kumbang tidak berpuas hati dengan corak permainan serta kesilapan mudah Vitor yang memberikan gol mudah buat KL City.

Manakala ada juga penyokong mula mempersoalkan ketiadaan kelibat pemain import Jepun, Ryu Yamaguchi yang tidak mendapat peluang turun beraksi bersama Harimau Kumbang musim ini.

"Sekali lagi kesilapan mudah daripada Rafael Victor. Dia sepatutnya tidak boleh berada dalam pasukan kerana kesilapan-kesilapan mudah macam itu.

"Kecewa lihat pemain import macam ini yang tidak sepatutnya melakukan kesilapan mudah seperti itu," kata Dominic Lkv.

"Kenapa tiada Ryu Yamaguchi dekat bangku simpanan? Nak juga tengok dia main," ujar Aimi Fatini.

"Vitor punca Penang FC kalah, asas bola sepak pun hancur," luah Wawa Lisa.

"Selepas ini pasukan lawan kalau nak lawan Penang, pakai 10 orang pun dahn cukup dah perlu 11 pemain," jelas Farin Bundle. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram