Harimau Malaya dah level Asia, kuartet TFC, 'wonderkid' JDT yang patut turun padang kempen Piala Asean AFF


  • Podium
  • Isnin, 04 Mac 2024

FAM boleh menggunakan skuad B-23 untuk beraksi di Piala Asean pada penghujung 2024. — FAM

KEPUTUSAN Persatuan Bola Sepak Asean (AFF) untuk mengadakan Piala Asean (sebelum ini dikenali sebagai Piala AFF) selama sebulan pada akhir 2024 seakan-akan mengundang masalah serupa sejak sekian lama.

Hal ini kerana, kejohanan yang akan diadakan pada 23 November hingga 21 Disember itu akan memberikan masalah kepada kelab-kelab yang bertanding dalam kejohanan anjuran AFC.

Johor Darul Ta'zim (JDT) yang beraksi di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) akan beraksi dalam dua hari perlawanan (matchday) pada 25-27 November dan 2-4 Disember.

Sementara Selangor FC turut akan terlibat dalam kejohanan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) pada 26-28 November dan 3-5 Disember. Dalam kejohanan ini, beberapa kelab daripada Thailand, Vietnam, Singapura dan Filipina turut terlibat.

Dengan bertindihnya Piala Asean bersama-sama kejohanan anjuran AFC pastinya menimbulkan konflik, mana satu nak didahulukan? Negara atau kelab?

Memandangkan keputusan AFF tidak boleh diubah, ia memerlukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengeluarkan penyelesaian sendiri untuk memastikan Harimau Malaya tampil kompetitif di Piala Asean.

Hantar 'ubi' pergi bertanding

Memandangkan Harimau Malaya kini berada di tahap lebih baik dengan pool pemain lebih luas, ia membolehkan FAM untuk tidak terlalu bergantung kepada satu-satu set skuad sahaja.

Mungkin sudah tiba masanya untuk FAM menganggap Piala Asean sebagai kejohanan persediaan buat skuad Harimau Muda kendalian Juan Torres Garrido sebelum berdepan cabaran lebih hebat.

Secara tidak langsung, ia boleh dijadikan sebagai mesej halus yang FAM kini bersedia untuk memberikan ruang lebih besar buat skuad muda mereka menyinar memandangkan pasukan senior sudah dianggap 'gred Asia'.

BACA LAGI: 'Pemain bukan mesin', tarikh Piala Asean AFF-ACL bertembung, HM mungkin sekali lagi hilang bintang JDT

20240125203910_IMG_0288 (1)

Skuad Malaysia sedia ada sudah beraksi di Piala Asia. — FAM

Masa inilah, kita akan saksikan gandingan kuartet pertahanan tempatan Terengganu FC yang ditunjangi oleh Ubaidullah Shamsul, Shahrul Nizam, Azam Azmi serta Safwan Mazlan menyinar bersama Malaysia.

Mungkin juga, pemain muda lain, contohnya 'wonderkid' JDT seperti Feroz Baharuddin, Syahir Bashah (Selangor FC) dan Alif Ikmalrizal (Penang FC) menjulang nama Malaysia berdepan jiran tetangga.

Tindakan ini mungkin berisiko tetapi jika benar 'ubi-ubi' kita berkualiti tinggi, apa salahnya biarkan mereka mengaum di pentas lebih tinggi?

Tambah rencah sedikit

Mungkin ia terlalu berisiko untuk biarkan skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia bertanding sendirian di Piala Asean tanpa 'rencah' tambahan daripada pemain senior.

Mungkin, FAM boleh mempertimbang untuk menambah beberapa pemain senior supaya mereka dapat membimbing pemain-pemain muda ketika berdepan lawan yang lebih berpengalaman di Piala Asean.

FAM boleh mencontohi format acara bola sepak di Sukan SEA apabila tiga pemain lebih umur dibenarkan. Pemain seperti Baddrol Bakhtiar dan Asraruddin Putra Omar antara contoh pemain senior yang berjaya membimbing skuad muda hingga dapat meraih pingat emas.

Sekiranya pendekatan sama dilakukan, berkemungkinan Malaysia masih ada peluang untuk menjadi raja bola sepak Asia Tenggara. Lebih manis, mereka menggunakan barisan tenaga muda.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya akan bawa balik pingat', kata-kata Fira buat cikgu 'terkedu' lepas raih pingat emas di Australia

1658359

Ubaidullah (dua dari kanan) antara prospek pertahanan negara di masa depan. — FAM

Konflik ini boleh diuruskan

Permasalahan yang dihadapi ini bukan berlaku kepada Malaysia sahaja, tetapi semua seteru Asia Tenggara turut berdepan situasi serupa. Oleh itu, penyelesaian bijak boleh digunakan.

Kejohanan serupa pada 2022 telah memberikan sedikit gambaran mengenai situasi ini. Oleh itu, FAM sepatutnya sudah lebih bersedia untuk mengelakkan konflik antara kelab dan negara meletus apabila Piala Asean tiba.

pix_middle

Malaysia pernah menjadi jaguh Asia Tenggara menggunakan pemain muda. — Agensi

Konflik ini boleh diuruskan dengan baik, selagi kesemua pihak memberikan kerjasama, sudah pasti manfaat akan singgah kepada Malaysia di Piala Asean dan wakil negara di kejohanan AFC kelak.

Dalam masa yang sama, AFF mungkin boleh memikirkan mekanisme yang lebih kemas supaya konflik antara kelab dan negara muncul dek kerana kejohanan anjuran mereka.

Mungkin boleh dipertimbang mengadakan semua Piala Asean dengan menggunakan satu tuan rumah dan kesemua perlawanan dihabiskan kurang dari sebulan seperti era Piala Tiger? Tepuk dada, tanya selera. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram