KELAB Liga Super, Kedah Darul Aman FC diberikan masa lebih lama untuk menyelesaikan permasalahan gaji tertunggak yang dihadapi mereka ketika ini.
Menurut Malaysian Football League (MFL), Kedah diberi lebih masa oleh First Instance Body (FIB) untuk memastikan nasib mereka tidak menjadi lebih teruk apabila permasalahan gaji gagal diselesaikan.
MFL mengatakan Kedah perlu menghantar dokumen tambahan supaya badan penganjur liga itu boleh menentukan nasib kelab tersebut pada musim ini.
"Saya tidak mahu membuat spekulasi tentang nasib Kedah, tetapi ini sudah sampai ke satu tahap agak serius yang tidak boleh diberikan lanjutan masa lagi kerana kita tahu jumlah bulan (gaji) tidak bayar agak besar.
BACA LAGI: Cheng Hoe lepaskan jawatan, kenapa mahu salahkan JDT?
Kedah mengalami masalah gaji tertunggak yang kritikal. — KDA FC
BACA LAGI: Tindakan TCH tinggalkan Selangor ibarat dejavu pernah menimpa Kedah sebelum ini
"Kita perlu lihat kelangsungan liga dan bukannya kelangsungan satu pasukan sahaja dan MFL juga perlukan keluarkan kalender untuk tahu slot tambahan selain slot untuk menggantikan Kelantan FC sahaja.
"Perkara ini, kita sudah berhubung dengan Kedah dan mereka faham kekangan masa bukan melibatkan mereka sahaja. Lebih rumit jika ditangguhkan," kata CEO MFL, Datuk Stuart Ramalingam.
Stuart berkata, keputusan mengenai kedudukan Kedah dalam Liga Super akan diketahui selepas 6 Mac. Tambahnya, ia akan berdasarkan persidangan yang dibuat oleh pihak MFL serta FIB.
Sebelum ini, dua kelab mengalami potensi diturunkan ke Liga M3 akibat isu tunggakan gaji yang dialami mereka iaitu Kedah dan Kuala Lumpur City FC.
KL City dikatakan sudah mempunyai perancangan untuk menyelesaikan masalah gaji yang tertunggak. Menurut MFL, kes mereka turut dirujuk kepada FIB akan tetapi ia tidak begitu serius.
Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Datuk Khalid Samad mengatakan tunggakan gaji para pemain KL City cumalah dua bulan bukannya empat seperti yang dikatakan sebelum ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram