Dua kali tewas jumpa JDT, tapi BG Pathum masih kelab terbaik Asean


  • Podium
  • Jumaat, 01 Mac 2024

BG Pathum United mengalami dua kekalahan dalam dua pertembungan dengan JDT dalam ACL 2024/25. — Facebook/BG Pathum United

BARU-BARU ini, FIFA mengumumkan format baharu Piala Kelab Dunia FIFA yang meningkatkan jumlah pasukan bertanding setiap tahun.

Sekiranya pasukan sebelum ini hanya layak setelah memenangi pertandingan peringkat konfederasi masing-masing, perubahan kali ini membuka lebih banyak penyertaan berdasarkan kedudukan.

Format berkenaan sekali gus membuka peluang pasukan tanah air untuk layak sekiranya mereka mampu berada dalam kelompok kelayakan.

Antara kelab yang mempunyai potensi untuk bersaing dalam Piala Kelab Dunia FIFA ialah Johor Darul Ta'zim (JDT) setelah reputasi mereka terus dikenali di seluruh Asia.

BACA LAGI: VAR, kad merah bantu JDT bangkit belasah BG Pathum United

GHi5cHBbIAEKOHr

Tangkap layar kedudukan semasa kelab AFC dikeluarkan FIFA baru-baru ini.

Selain mudah menjuarai pelbagai kejohanan domestik, kualiti mereka turut disaksikan setiap kali berentap dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Keunggulan skuad Harimau Selatan diakui kerana mereka kini menduduki tangga ke-13 dalam kalangan kelab berada di bawah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Ia sekali gus membuka peluang cerah buat mereka berentap dalam Piala Kelab Dunia FIFA pada tahun-tahun mendatang sekiranya berjaya meneruskan momentum tersebut.

Bagaimanapun, orang ramai menyedari satu perkara menarik apabila kelab Thailand, BG Pathum United berada di kedudukan lebih tinggi berbanding JDT.

BACA LAGI: Peluang sudah tertutup, JDT tetap ada misi lain berdepan BG Pathum United

BG Pathum United (THA) vs Kitchee FC (HKG) during their AFC Champions League 2022 Round of 16 - East match at Komaba Stadium on August 19, 2022 in Saitama, Japan. Photo by Kazuaki Matsunaga / Power Sport Images for the AFC

BG Pathum jauh meninggalkan pasukan lain dalam kedudukan AFC setakat ini. Agensi

Ranking tersebut pastinya menjadi perhatian memandangkan kedua-dua pasukan itu sering berentap di pentas Asia beberapa musim kebelakangan ini.

Namun, skuad Harimau Selatan boleh dikatakan memiliki kelebihan kerana berjaya menewaskan BG Pathum United sebanyak dua kali dalam saingan peringkat kumpulan ACL 2023/24.

Tetapi, dengan penilaian dibuat berdasarkan prestasi empat tahun terakhir, pasukan dari Thailand itu memiliki kelebihan lapan mata berbanding JDT dengan 38 mata.

Setakat ini, hanya Al-Hilal (Arab Saudi) dan Urawa Reds (Jepun) sudah menempah slot ke Piala Kelab Dunia FIFA 2025 berdasarkan peraturan baharu pertandingan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram