[VIDEO] Juara Euro 2016, momen Sir Alex Ferguson menanti CR7 undang hiba penyokong bola sepak


  • Podium
  • Isnin, 19 Feb 2024

Ronaldo dan rakan sepasukannya meraikan kejayaan Portugal memenangi Euro 2016. — Agensi

PORTUGAL menjuarai trofi antarabangsa utama yang pertama selepas mengejutkan tuan rumah Perancis dengan keputusan 1-0 pada perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO) 2016.

Ketika perlawanan tersebut, Portugal terpaksa beraksi tanpa kapten pasukan, Cristiano Ronaldo akibat kecederaan lutut seawal minit ke-25 selepas dirempuh pemain Perancis, Dimitri Payet.

Meskipun mengalami kecederaan, Ronaldo tetap erada di tepi padang untuk memberikan semangat dan arahan kepada rakan sepasukannya.

BACA LAGI: Ramai teka Syafiq Ahmad, misteri bintang baharu Penang FC terjawab

BACA LAGI: [VIDEO] Imbau momen di Gelora Bung Karno, Fadhli Shas kena 'mention' lupa tag legend

Bagaimanapun, jika disebut nama bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson, pasti ramai yang mengenali individu tersebut.

Bersama Man United, Sir Alex antara individu yang berjaya mencipta sejarah dan menjadikan kelab itu sebagai pasukan yang digeruni satu ketika dahulu.

Malah, di bawah kendaliannya, Sir Alex berjaya membentuk bekas bintang Manchester United, Ronaldo menjadi pemain terbaik di dunia.

Ramai penyokong menganggap bahawa Cristiano merupakan anak didikan yang disayangi oleh bekas pengendali Man United tersebut.

Ia dapat dilihat menerusi satu hantaran video di laman X, memaparkan perlawanan akhir EURO 2016 antara Portugal dan Perancis yang turut dihadiri oleh Alex Ferguson ketika itu.

Menariknya video itu, ketika Ronaldo bersama rakan sepasukan berjalan ke atas pentas stadium, kapten pasukan Portugal itu terkejut apabila melihat bekas jurulatihnya setia menunggu kedatangannya untuk mengucapkan tahniah berikutan kemenangan tersebut.

Meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong terharu melihat keakraban kedua-dua bekas orang kuat Manchester United.

"Macam ayah dengan anak, suka tengok mereka berdua ni, tapi sekarang tinggal kenangan," kata @Maxc.chell.

"Terharu tengok, sekarang tinggal kenangan," kata @erwindar.

"Antara tonggak utama Manchester United satu ketika dahulu, CR7 dan Sir Alex," kata @harwinn. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram