Piala Thomas, EURO antara 4 sukan dinanti-nantikan sepanjang 2024


  • Podium
  • Sabtu, 24 Feb 2024

Pasukan Itali muncul juara EURO 2020 selepas menewaskan England menerusi penentuan sepakan penalti. — Agensi

PASTINYA, peminat sukan seperti bola sepak, badminton, renang dan acara berbasikal trek akan disajikan dengan acara tersebut yang bakal mewarnai masa lapang mereka untuk tahun ini.

Berita gembira buat peminat acara bola sepak antarabangsa, anda akan berpeluang untuk melihat sekali lagi kejohanan berprestij yang akan membuka tirai tidak lama lagi.

Kejohanan bola sepak Eropah 2024 (EURO 2024) antara empat sukan yang akan mewarnai kaca televisyen anda tahun 2024 selain saingan Copa America 2024, Olimpik Paris 2024 serta Piala Thomas dan Piala Uber 2024.

Sudah tentu ramai penyokong di Malaysia terutamanya tidak sabar untuk menyaksikan kejohanan berprestij tersebut.

1) EURO 2024

Selain Piala Dunia, kejohanan bola sepak Eropah 2024 (EURO 2024) antara yang dinantikan oleh penyokong bola sepak tempatan.

Ia berikutan apabila peminat tidak sabar untuk menyaksikan bintang-bintang dunia seperti penyerang berbisa Portugal, Cristiano Ronaldo, tonggak muda Perancis, Kylian Mbappe, pemain harapan England, Harry Kane dan Jude Bellingham beraksi di atas padang yang sama.

BACA LAGI: 'Red card dan penalti pun tak guna', aksi terjah rosakkan game friendly

WhatsApp Image 2024-02-16 at 23.40.55

Itali akan mempertahankan kejuaraan EURO dimiliki mereka di Jerman pertengahan tahun nanti. Agensi

Sebelum ini, pasukan Itali muncul juara EURO 2020 selepas menewaskan England dalam penentuan sepakan penalti dengan keputusan 3-1 dalam aksi final di Stadium Wembley, England.

Berbeza pula pada tahun ini, bandar Munich di Jerman akan menjadi tuan rumah perlawanan pembukaan EURO 2024 bermula pada 14 Jun sehingga 14 Julai namun perlawanan akhir bakal berlangsung di Berlin.

Diberi tugas sebagai tuan rumah kejohanan tersebut, Jerman layak secara automatik ke EURO 2024 dan akan bermain dalam Kumpulan A.

2) Copa America

Argentina menjuarai Copa America 2021 selepas menewaskan Brazil 1-0 pada aksi final di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, Brazil.

Pemain tengah Argentina, Angel di Maria antara wajah yang membantu pasukan itu menjuarai Copa America dalam edisi kali itu dengan hasil jaringan pada babak pertama, iaitu pada minit ke-22 permainan.

BACA LAGI: 'Saya suka beraksi bersama Penang', Kogi khuatir jika turun pangkat tutup peluang bersama HM

https_cdn_cnn_com_cnnnext_dam_assets_210711030159_01_copa_america

Argentina muncul juara Copa America selepas menewaskan Brazil dengan keputusan 1-0 pada 2021. Agensi

Kejohanan yang diadakan di Brazil tiga tahun lalu itu akan beralih tempat ke Amerika Syarikat selepas Konfederasi Bola Sepak Amerika Syarikat (CONMEBOL) mengesahkan negara itu sebagai penganjur Copa America 2024 yang turut akan dianjurkan menggunakan format baharu.

Sebelum ini, negara Ecuador sepatutnya menjadi tuan rumah tetapi menarik diri berikutan kebimbangan terhadap isu keselamatan dan infrastruktur.

Edisi tahun ini akan menampilkan 10 pasukan biasa dari Amerika Selatan, ditambah enam dari Amerika Utara, Tengah dan Caribbean.

Bagaimanapun, AS yang turut akan menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2026 di samping Mexico dan Kanada tidak diberi tempat automatik dalam Copa America.

3) Olimpik Paris 2024

Selepas ditangguhkan selama setahun dan berdepan pelbagai skandal serta kontroversi, semangat Olimpik tetap disambut oleh penduduk Jepun.

Setelah sukan Olimpik 2021 yang berlangsung di Jepun itu melabuh tirai, kini tiba pula giliran untuk Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis membuka tirainya bermula pada 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.

A file photo of the Olympic rings with Paris' iconic Eiffel Tower in the background.

Temasya Olimpik Paris 2024 akan membuka tirai beberapa bulan sahaja lagi. Agensi

Sukan Olimpik dianggap sebagai pertandingan sukan terulung di dunia dengan lebih daripada 200 pasukan mewakili negara dan wilayah berdaulat mengambil bahagian.

Malah, atlet daripada Malaysia juga bakal bertanding dalam kejohanan ini sekiranya mereka telah melepasi pelbagai syarat kelayakan yang ditetapkan berdasarkan sukan masing-masing.

Pada Olimpik Tokyo 2021, Malaysia meraih satu perak menerusi Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam acara keirin dan gangsa menerusi gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam acara badminton beregu lelaki.

4) Piala Thomas dan Piala Uber 2024

Kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber 2024 yang berlangsung setiap dua tahun itu merupakan edisi yang ke-33 bagi Piala Thomas dan edisi ke-30 Piala Uber dengan disertai oleh 16 negara yang dibahagikan kepada empat kumpulan.

Ia merupakan sebuah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki dan akan berlangsung di Chengdu, China bermula pada 28 April hingga 5 Mei 2024.

FB_IMG_1708084273914

Piala Thomas dan Piala Uber akan menyaksikan skuad badminton negara bersaing dalam kejohanan tersebut. — Agensi

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Piala Thomas dan Piala Uber ialah pada 2010 di Kuala Lumpur.

Pasukan Badminton Malaysia menggalas cabaran negara dalam kejohanan badminton Piala Thomas pada tahun 2024 bagi berpasukan lelaki manakala pasukan badminton wanita pula bersaing untuk kejohanan Piala Uber.

Sebelum ini, bagi kategori perseorangan lelaki, Lee Zii Jia, Ng Tze Yong antara atlet yang dihantar oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selain Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk acara beregu pada edisi 2022 yang sudah berlangsung di Bangkok, Thailand. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram