Skuad Jang cuba pikat ‘The Giant Killer’


  • Podium
  • Isnin, 26 Feb 2024

Azzmi Aziz dijangka bakal perkuatkan pasukan NSFC selepas kali terakhir mengendalikan skuad Sang Saka Biru. — Facebook/PDRM FC

SEPANJANG jendela perpindahan kali ini, banyak pasukan Liga Super seperti sedang sibuk mencari pemain baharu dalam usaha meningkatkan kualiti skuad bagi musim depan.

Bagaimanapun, ada dalam kalangan mereka yang juga membuat perancangan dalam mendapatkan khidmat pengendali baharu bagi menggantikan pengendali sedia ada.

Pastinya perubahan tersebut boleh diambil berikutan kedudukan pasukan yang corot musim lalu sehingga pihak pengurusan berasakan sasaran ditetapkan mereka tidak dicapai.

Dalam pada itu, nama bekas pengendali PDRM FC musim lalu, Azzmi Aziz dilaporkan bakal kembali memeriahkan saingan Liga Malaysia (Liga M) untuk saingan musim akan datang di kerusi kejurulatihan sebuah pasukan.

BACA LAGI: Andai bersatu semula jika kapten Kedah berhijrah, Sang Kenari kena fikir masak-masak sebelum 'ikat' Liridon

K.DEevan

Pengalaman serta sentuhan K.Devan ditagih skuad Hang Tuah musim depan. Facebook/Negeri Sembilan FC

BACA LAGI: Untung RM30,000 tapi Matlan Marjan dedah punca utama jual jersi keramat Piala FA 1994

Difahamkan, khidmat pengendali berusia 48 tahun itu ditagih sebuah pasukan bagi membantu memperbaiki prestasi dan kedudukan kelab tersebut bagi musim 2024/25.

Dalam segmen Keluar-Masuk yang dibawakan redONE di Nadi Arena, dijangka Azzmi akan menabur bakti bersama Negeri Sembilan FC (NSFC) bagi menggantikan pengendali terdahulu, K. Devan.

Nama Azzmi bukan lagi sesuatu yang asing dalam arena bola sepak tempatan, selepas awal musim lalu menyaksikan sentuhan jurulatih tersebut berjaya menjadikan The Cops sebagai antara pasukan penuh kejutan.

Dia yang dikenali dengan status 'giant killer' selepas menumpaskan Selangor FC, Sabah FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC memiliki kebolehan untuk melakukan kejutan setiap kali berdepan pasukan lebih besar.

Pastinya kehadiran Azzmi ke skuad Jang dijangka bakal membuat perubahan besar selepas berjaya mengejutkan Liga M dengan kebangkitan The Cops musim lalu.

Sebelum ini, jurulatih yang baru kali pertama mengendalikan pasukan Liga Super itu terpaksa menelan kepahitan dalam sejarah kariernya apabila direhatkan oleh pihak pengurusan PDRM FC tanpa sebarang alasan.

Lebih menyedihkan, Azzmi terpaksa berehat sehingga berakhir musim lalu biarpun ketika itu prestasi pasukan kendaliannya itu semakin meningkat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram