[VIDEO] Tak cukup kena rempuhan keras, pemain ragbi lembik jadi mangsa sepakan lawan


  • Podium
  • Sabtu, 24 Feb 2024

Tangkap layar rakaman video tersebut memaparkan kedua-dua pasukan terlibat dalam pergaduhan. — Facebook/ClubRoar

PERLAWANAN Liga Nasional Lelaki yang berlangsung di padang Sekolah Menengah Saint Andrew’s kecoh apabila kedua-dua pasukan terlibat dalam pergaduhan.

Kejadian yang berlaku pada 14 November 2023 itu tercetus selepas seorang pemain Kelab Bola Sepak Ragbi Saints menendang seorang pemain Kelab Ragbi Oldham yang secara langsung terbaring di atas padang.

Insiden yang dilaporkan berlaku pada separuh kedua perlawanan kembali tular di media sosial.

Dalam satu video yang dimuat naik di laman Facebook, insiden itu berlaku apabila seorang pemain Oldham bertembung dengan seorang pemain Saints yang cuba mendapatkan bola.

BACA LAGI: Impi trofi Piala Malaysia, Muslim Ahmad masih belum gantung but

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan Kedah, nama Brendan Gan dicanang jadi buruan Sri Pahang FC

Namun, kedua-dua pemain tersebut dilaporkan gagal mendapatkan bola dan kemudian terjatuh di atas padang sementara pemain Oldham yang menyarung jersi biru gelap itu kelihatan terbaring dan tidak bergerak.

Selepas pengadil meniup wisel bagi menangani kejadian itu, seorang lagi pemain Saints dilihat mendekati pemain Oldham yang sedang terbaring dan menendang bahu kirinya.

Hal itu mencetuskan satu pergaduhan antara pemain lain daripada kedua-dua kelab berkenaan sementara pemain terlibat yang telah bertembung sebelum itu mendapat rawatan daripada staf pertandingan.

Ketika itu, sebaik sahaja jurulatih dan pengadil meredakan keadaan, pemain Oldham tersebut dibawa keluar dari padang sementara pemain Saints yang melakukan kesalahan dilayangkan kad kuning disusuli dengan kad merah sebelum diarah keluar padang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram