SELEPAS beberapa bulan menyepi, Sri Pahang FC tampil dengan pengumuman beberapa pemain baharu yang pastinya membuatkan penyokong sudah tidak sabar untuk saingan musim depan.
Antara wajah baharu yang tiba di bumi Pahang ialah Asnan Ahmad dan Azfar Arif yang tiba dari Penang serta import dari Ukraine, Mykola Ahapov.
Bagaimanapun, dalam misi memantapkan bahagian tengah skuad Tok Gajah, difahamkan, Sri Pahang kini sedang memburu pemain tengah terbaik skuad kebangsaan untuk memperkemas skuad musim 2024.
BACA LAGI: Dikhabar tinggalkan The City Boys, duo beradik mungkin ikut jejak Romel Morales ke Selatan?
BACA LAGI: Tengah nego baik punya, 'striker' muda KL City FC bakal sarung jersi Merah Kuning?
Dalam satu perkongsian video di laman X, Datuk Dollah Salleh mendedahkan bahawa individu tersebut merupakan seorang pemain warisan berprofil tinggi dan memiliki kredibiliti.
“Kalau saya lihatlah, kalau kita dapat pemain ini, pendapat saya, bahagian tengah pasukan Sri Pahang ada kemungkinan yang terbaiklah.
"Kalau kita gandingkan pula dengan Azam Azih bersamanya, kita akan dapat melihat pasukan Sri Pahang akan menjadi lebih mantap untuk tahun ini,” jelasnya.
Difahamkan, andai ia berakhir dengan keputusan positif, maka pemain tersebut merupakan pemain akhir sekali gus sempurnakan barisan Pahang musim ini.
Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong tanah air berpendapat bahawa individu tersebut merupakan bekas pemain tengah Selangor FC, Brendan Gan.
"Nampak gaya macam Brendan Gan saja ni," kata @fir.zo.
"Brendan Gan on the way to Pahang," kata @hishamnordin95.
"Pemain tersebut mesti pernah sarung jersi 88 di Lembah Klang," kata @riezsyah24. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram