'Romel pun dah main HM', fans Terengganu bingung kelewatan luluskan status naturalisasi Argzim


  • Podium
  • Ahad, 25 Feb 2024

Argzim kekal bersama skuad Sang Penyu musim depan setelah menyertai pasukan itu pada 2020. — Facebook/Terengganu FC

SETELAH membawa masuk beberapa pemain baharu, Terengganu FC boleh dikatakan tidak akan lagi membuat aktiviti perpindahan kerana skuad sedia ada boleh dikatakan hampir lengkap.

Kehadiran Akhyar Rashid, Safawi Rasid serta Ismahil Akinade sudah cukup untuk memperkuatkan jentera serangan dengan masing-masing sudah berpengalaman dalam Liga Super.

Bek tengah import, Matthew Steenvoorden yang pernah beraksi dalam pasukan belia Feyenoord juga satu kemasukan yang berkualiti untuk memperkukuhkan benteng pasukan yang sedikit goyah musim lalu.

Isu pertahanan turut diselesaikan dengan keputusan Terengganu FC membawa masuk pemain tengah bertahan, Akram Mahinan yang pasti dapat memberikan perlindungan buat pasukan.

Perancangan awal itu membolehkan pihak pengurusan dan kejurulatihan kelab Pantai Timur tersebut memberi perhatian terhadap isu lain yang perlu diselesaikan.

BACA LAGI: [VIDEO] Masih DNA Croatia, TFC dengarnya rekrut 2 rakan senegara Ivan Mamut termasuk bintang UCL

1884616

Argzim memilih untuk mendirikan rumahtangga bersama wanita tempatan.

Antara hal yang kini berada dalam pemerhatian mereka adalah mengenai status naturalisasi pemain pertahanan, Argzim Redzovic dengan isu terbabit terus dibangkitkan sehingga kini.

Pemain kelahiran Macedonia yang sudah beraksi dalam Liga Super sejak 2018 itu dikatakan sesuai untuk diberikan kewarganegaraan kerana sudah cukup memahami budaya dan cara hidup di negara ini.

Di samping itu, bek berusia 31 tahun berkenaan seakan-akan sudah memilih untuk meluangkan masa di Malaysia setelah mendirikan rumahtangga bersama wanita tempatan pada 2020.

Jadi, tidak hairanlah apabila Terengganu FC enggan berputus asa dalam membantunya meraih status naturalisasi, sekali gus mengurangkan kuota import pasukan.

Usaha pasukan Pantai Timur itu membuatkan penyokong berasakan ia adalah keputusan tepat kerana Argzim sudah sememangnya faham akan budaya dalam negara.

BACA LAGI: Kapten Kedah bakal ikut SD TFC ‘u-turn’ ke Pantai Timur?

2535379

Romel merupakan pemain terbaru diberikan status naturalisasi setakat ini.

"Selain berkahwin dengan orang tempatan serta memiliki anak, dia juga boleh berbahasa kebangsaan dengan baik berbanding sebilangan besar pemain naturalisasi yang jangankan berbahasa Melayu, cara kehidupan pun tak menggambarkan warganegara sini.

"Nak kata FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) pilih kasih, nanti ada pula yang melenting ibarat punggung dicucuh bara api. Tetapi, inilah kenyataan dan hakikat sebenar FAM," kata Basir Ismail.

"Sudah kahwini orang tempatan pun susah untuk dapatkan kerakyatan. Yang lain tu, tidak kahwini orang tempatan pun sudah boleh jadi warganegara," ujar Ridhwan Suki.

"Bini dan anak merupakan warganegara, patutnya dia ni diutamakan terlebih dahulu," kata Ajeng Nor Azhan.

Sebelum menyertai Terengganu FC pada 2020, Argzim juga pernah beraksi buat PDRM FC selama dua musim yang menyaksikannya mencipta reputasi tersendiri.

Status naturalisasi baru-baru ini diberikan kepada penyerang kelahiran Colombia, Romel Morales ketika masih bersama Kuala Lumpur (KL) City FC sebelum dia memilih untuk menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT).

Dia yang diberikan status naturalisasi pada awal tahun lalu sempat diserap ke dalam skuad kebangsaan untuk kempen Piala Asia dengan pemain itu berjaya menjaringkan gol ketika berdepan Korea Selatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram