Tenaga pakar jadi solusi PSM elak 'tragedi' padang SNBJ berulang


  • Podium
  • Sabtu, 24 Feb 2024

Kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil dikhuatiri akan terjejas menjelang aksi penting berdepan Oman tidak lama lagi.

PENYOKONG bola sepak hari ini mula gusar akan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur selepas tular sekeping foto memaparkan pentas untuk konsert artis terkenal, Ed Sheeran pada Sabtu sudah didirikan.

Berdasarkan perkongsian ramai, pentas digunakan akan didirikan di tengah padang yang dijangka menyebabkan padang di stadium keramat Harimau Malaya itu rosak.

Situasi itu pasti akan memberi imej negatif menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman yang akan berlangsung pada 26 Mac nanti.

Jadi, dalam menjawab akan segala persoalan yang timbul, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) tampil memberi kenyataan dalam mengelakkan isu kerosakan padang timbul sekali lagi.

"Sebagai langkah awal, PSM telah memindahkan rumput seluas 1,900 meter persegi bagi menempatkan pentas dan menara sistem audio mengikut tema 'world tour' Ed Sheeran.

BACA LAGI: Penyokong tak puas hati TFC kempunan rasa padang tak siap SNBJ sebelum final Piala Malaysia

GHBrc19aUAAw2CK

Sebuah pentas dibangunkan di tengah padang Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini.

BACA LAGI: Bukan perkara baharu, isu rumput sudah 'menghantui' FAM, SNBJ sejak 2014

"Rumput yang telah dipindahkan kini diberi jagaan insentif, termasuk pengairan dan pembajaan supaya kesihatan rumput berada pada tahap optimum," tulisnya.

Menurut kenyataan dikeluarkan, PSM akan melibatkan tenaga pakar, Labosport selain bersedia menggunakan rumput tersedia di tapak semaian untuk mengatasi masalah itu.

Sebelum ini, perbadanan berkenaan menjadi orang ramai ketika keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil tidak berada pada tahap memuaskan semasa perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim dan Terengganu FC Disember lalu.

Kerosakan itu berpunca daripada penganjuran konsert artis ternama, Coldplay dengan Presiden PSM, Datuk Hans Isaac berjanji akan cuba menyelesaikan isu berkenaan.

Namun, ketiadaan tenaga pakar mencukupi selain kekangan masa menyaksikan padang itu terjejas dengan orang ramai mendesak agar venue tersebut tidak lagi digunakan untuk penganjuran konsert pada masa akan datang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram