'Saya suka beraksi bersama Penang', Kogi khuatir jika turun pangkat tutup peluang bersama HM


  • Podium
  • Khamis, 15 Feb 2024

Kogi ketika menandatangani perjanjian setahun dengan pasukan liga divisyen dua (K2), Chungbuk Cheongju. — Agensi

TONGGAK tengah menyerang, R. Kogileswaran, akui masih menanti tawaran daripada kelab Liga Super yang berminat mendapatkan khidmatnya memandangkan kontraknya bersama Penang FC berakhir Disember lalu.

Jelas bekas pemain Chungbuk Cheongju itu, keutamaannya kini adalah untuk terus kekal beraksi di pentas Liga Super demi mendapatkan semula tempat bersama skuad kebangsaan di samping memburu minit permainan kompetitif.

Tonggak berusia 25 tahun itu tidak menolak kemungkinan untuk terus kekal di Pulau Mutiara sekiranya ditawarkan kontrak lanjutan selepas membuat enam penampilan liga musim lalu.

BACA LAGI: 'Red card dan penalti pun tak guna', aksi terjah rosakkan game friendly

Kogi

Kogi akui selesa beraksi bersama skuad Harimau Kumbang. — Agensi

BACA LAGI: Scorer lawan JDT makin hampir pulang ke Kedah

Untuk rekod, selain pernah bersama Harimau Kumbang, Kogileswaran juga pernah menyarung jersi Sri Pahang FC serta Petaling Jaya City FC.

"Sejak kontrak saya bersama Penang berakhir 31 Disember tahun lalu, mereka masih belum beri kata putus sama ada mahu mengekalkan khidmat saya atau tidak.

"Saya suka beraksi bersama Penang selain selesa dengan persekitarannya. Kalau ditawarkan kontrak baru, saya sudi berbincang walaupun ada beberapa kelab lain yang juga berminat menawarkan kontrak.

"Tapi kalau saya sertai kelab Liga M3, agar sukar untuk saya kembali merebut tempat dalam skuad negara," katanya di Nadi Arena. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram