'Red card dan penalti pun tak guna', aksi terjah rosakkan game friendly


  • Podium
  • Khamis, 15 Feb 2024

Tangkap layar menunjukkan lutut penyerang K11 FC diterjah keras oleh penjaga gol lawan. — Facebook/ZaidAyid

TERJAHAN keras dalam bola sepak adalah perkara yang sering berlaku dalam sukan berkenaan dan lebih parah lagi apabila tindakan tersebut boleh mengakibatkan seorang pemain mengalami kecederaan serius.

Baru-baru ini, tular di laman Facebook kes seorang pemain amatur diterjah keras oleh penjaga gawang pasukan lawan dalam satu perlawanan persahabatan tempatan.

Menerusi satu hantaran di Facebook, pengguna yang menggunakan nama Kieranto Marcello mendakwa, kejadian itu berlaku apabila rakannya yang dikenali sebagai Coach Epul bermain untuk kelab Kierans11ven FC (K11 FC) cuba mengawal bola masuk ke kawasan penalti lawan sebelum penjaga gol tersebut dilihat sengaja melakukan terjahan keras ke arah lututnya.

BACA LAGI: Scorer lawan JDT makin hampir pulang ke Kedah

WhatsApp Image 2024-02-15 at 22.47.29 (1)

Tangkap layar memaparkan penjaga gol lawan menerjah lutut penyerang K11 FC. — Facebook/ZaidAyid

BACA LAGI: Maaf Pawi atau Akhyar, No 7 tetap milik Ivan Mahmut

Menurut Kieran, insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku berikutan ia hanyalah perlawanan persahabatan.

"Sebelum masuk padang tolong niat dalam hati, ini hanyalah perlawanan persahabatan dan tolong faham perlawanan ini tiada hadiah atau anugerah apa pun, friendly ni biasanya nak tambah kawan saja pun.

"Kalau sampai tahap macam ni punya terjah semata-mata tak mahu gol itu dibolosi, melampau sangat, nampak sangat tak faham konsep atau memang jenis kaki parap ke?

"Refree bagi red card atau penalti pun tak ada gunanya, orang macam ni tolonglah muhasabah diri dan rehat sekejap daripada main bola, bila sudah ready dan faham maksud friendly game," katanya.

Difahamkan, Coach Epul terpaksa menjalani ujian X-Ray dan tidak mengalami kecederaan serius akibat insiden itu.

Bagaimanapun tidak dinyatakan tarikh dan lokasi kejadian tersebut, namun dipercayai berlaku di Lembah Klang pada Rabu malam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram