Tengah nego baik punya, 'striker' muda KL City FC bakal sarung jersi Merah Kuning?


  • Podium
  • Jumaat, 23 Feb 2024

Haqimi Azim (kiri) merupakan tonggak utama skuad Harimau Muda dijangka akan melebarkan sayapnya ke pasukan Selangor FC musim depan. — Instagram/qimirosli

BARU-BARU ini, penyerang muda Kuala Lumpur (KL) City FC, Haqimi Azim Rosli, mendedahkan bahawa dia mahu keluar untuk menyertai pasukan lain demi mendapatkan minit permainan.

Meskipun masih memiliki baki kontrak dua tahun bersama pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu, Haqimi Azim bagaimanapun tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk berhijrah ke pasukan lain.

Malah, penyerang skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara itu bertekad meningkatkan prestasinya musim ini.

Dalam pada itu, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa penyerang berusia 21 tahun itu kini berada dalam radar naib juara Liga Super 2023, Selangor FC.

BACA LAGI: 'Bukan 4 tapi cuma 2 bulan gaji tertunggak' — Khalid Samad

Haqimi Azim

Kehadiran Haqimi Azim (kanan) ke skuad Merah Kuning dijangka bakal membuat perubahan dalam jentera serangan pasukan tersebut. Instagram/qimirosli

BACA LAGI: Safawi mula tunjuk taring tapi kehilangan penyerang import jadi tanda tanya

Perkara tersebut dikongsikan di laman X oleh Onefootball.my yang mendedahkan Selangor FC kini dalam proses perbincangan bersama pemain muda tersebut.

"Difahamkan, penyerang muda negara, Haqimi Azim dalam radar Selangor FC.

"Sedang dalam proses negosiasi bersama pemain muda tersebut. Good backup for Ronnie Fernandez?," ciapnya.

Kehadirannya dijangka bakal membantu jentera serangan skuad Merah Kuning pada saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2 dan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25.

Malah, kehadirannya Haqimi Azim ke skuad Gergasi Merah berpotensi untuk menjadi 'back up' kepada penyerang baharu pasukan itu, Ronnie Fernandez.

Untuk rekod, sepanjang menabur bakti bersama The City Boys musim 2023, pemain berketinggian 1.84 meter itu sudah tampil 21 perlawanan dalam saingan Liga M.

Meskipun begitu, sepanjang 16 perlawanan Liga Super 2023, Haqimi hanya mencatat satu gol dan satu hantaran bantuan untuk KL City FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram