Lupakan Kuching City, fan base antara 3 sebab kenapa James Okwuosa perlu sertai Pahang


  • Podium
  • Khamis, 22 Feb 2024

Okwuosa (kanan) ketika mengawal ketat penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Bergson da Silva. —  Facebook

BARU-BARU ini, kem PDRM FC dikejutkan dengan pemergian bek tengah kental dari Nigeria, James Okwuosa yang sah tidak lagi bersama juara MFL Challenge Cup musim 2023 itu.

Bergelar ejen bebas, Okwuosa dikhabarkan pernah menarik minat salah satu kelab Liga Super iaitu Kuching City FC.

Bagaimanapun, hasrat The Cats yang mahu mendapatkan pemain berusia 33 tahun itu tidak kesampaian apabila Sri Pahang FC turut mahu mendapatkan khidmat pemain tersebut.

Ia susulan apabila skuad Tok Gajah secara rasminya sudah pun melepaskan dua pertahanan import mereka iaitu Michael Glassock dan Sherzod Fayziev.

Dalam pada itu, ketiadaan pemain tersebut menyaksikan pengendali pasukan, Fandi Ahmad pastinya kini sedang menilai pemain import berkualiti untuk diketengahkan pada saingan hadapan.

James dilihat sebagai salah satu calon pemain bersesuaian dengan kehendak permainan diterapkan oleh Fandi untuk memperkukuhkan aspek pertahanan serta posisi serangan menerusi situasi bola mati.

Berikut Majoriti menyenaraikan tiga sebab Okwuosa wajar menyertai skuad Tok Gajah.

BACA LAGI: Harap tiada persepsi tangan ghaib, Pan-gon kena konsisten tentukan 1st eleven HM

James Okwuosa

Okwuosa (kiri) ketika mengawal ketat pemain tengah Selangor FC, Brendan Gan. — Facebook

BACA LAGI: Pernah dedah mahu buru 'striker' tajam, import Colombia bakal gegarkan Perak FC

1. Kualiti skuad

Pasukan Sri Pahang FC antara skuad yang dilihat cemerlang musim lepas kerana dibarisi para pemain yang berkualiti serta berpengalaman. Bahkan skuad Tok Gajah 'bersih' daripada terpalit dengan isu-isu luar padang seperti masalah gaji dan sebagainya.

Kehadiran Okwuosa sudah pasti bakal memantapkan lagi barisan pemain skuad Tok Gajah terutama di bahagian pertahanan dengan pasukan itu juga kukuh dari segi kewangan untuk menyambar khidmatnya.

Pertahanan kelahiran Nigeria itu juga dijangka lebih bersinar jika bermain bersama pasukan yang mempunyai pemain bertaraf tinggi.

2. Fan base

Fan base sudah pasti merupakan penarik minat untuk pemain beraksi di sebuah kelab kerana mempunyai banyak kelebihan sekiranya ramai penyokong.

Fan base Pahang FC juga antara yang ramai serta mempunyai semangat yang tinggi dan ia dapat dibuktikan apabila mereka sering memenuhi Stadium Darul Makmur, Pahang ketika skuad kendalian Fandi Ahmad itu beraksi.

Kehadiran penyokong termasuk ultras iaitu Elephant Army yang ramai pastinya mampu meningkatkan tahap keyakinan dengan pemain akan beraksi lebih bersemangat apa lagi bermain di laman sendiri.

3. Jurulatih berpengalaman

Fandi Ahmad merupakan ketua jurulatih bagi pasukan Sri Pahang dan antara pengendali yang berpengalaman.

Musim lepas, Fandi berjaya membawa skuad Tok Gajah menduduki tangga kelima saingan Liga Super dengan mengumpul 45 mata keseluruhan.

Hanya tewas enam perlawanan musim lepas sekali gus menunjukkan bahawa Fandi juga mempunyai kelas tersendiri dengan corak permainan yang lebih 'solid' dalam pertahanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram