Harap tiada persepsi tangan ghaib, Pan-gon kena konsisten tentukan 1st eleven HM


  • Podium
  • Rabu, 21 Feb 2024

Skuad Harimau Malaya yang berjuang di Pentas Asia akhirnya berjaya mendapat satu mata. — Facebook/FAM

MESKIPUN hanya membawa pulang satu mata namun persembahan yang ditampilkan oleh Harimau Malaya berdepan Korea Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia 2023 raih pujian.

Tewas dalam dua perlawanan berdepan Jordan dan Bahrain, ia tetap tidak mematahkan semangat anak-anak buah Kim Pan-gon untuk menghadapi pasukan gergasi Asia itu.

Harimau Malaya mencipta sejarah selepas mengikat Korea Selatan dengan keputusan 3-3 hasil jaringan daripada Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi dan Romel Morales yang masing-masing mencetak satu gol.

Dalam pada itu, menjelang dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 berdepan Oman, penyokong tanah air berharap agar keputusan Piala Asia di Qatar tidak berulang kembali.

Mengulas mengenai pendapat penyokong tersebut, penganalisis bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, penyokong mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat.

"Apa yang mungkin dipersoalkan oleh peminat bola sepak dalam aksi Piala Asia ketika itu, adalah mungkin dari segi pemilihan pemain, kesebelasan utama pemain dan pemain-pemain yang diberi peluang beraksi tapi dilihat tidak konsisten.

"Nampak macam masalah tersebut tidak diperkemaskan dengan baik, sepatutnya bila bersaing di Pentas Asia, first eleven tu tak banyak berubah.

"Bila ada leaking dalam pasukan tersebut menyebabkan prestasi tak konsisten dan peminat nampak perkara tersebut, pasti ada tanda tanya di manakah kewibawaan Pan-gon dalam memantapkan skuad.

"Dari sinilah akan tercetusnya pelbagai isu yang mana pemilihan pemain, kesebelasan utama dan pemain yang kurang minit permainan turut dibawa ke Asia," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Pernah dedah mahu buru 'striker' tajam, import Colombia bakal gegarkan Perak FC

WhatsApp Image 2024-02-21 at 18.34.17

Meskipun tewas dalam saingan Piala Asia namun Harimau Malaya mencipta sejarah apabila mengikat Korea Selatan dengan keputusan 3-3. — Facebook/FAM

BACA LAGI: Bukan setakat tonggak KDA FC, winger Harimau Muda juga makin hampir ke Sri Pahang

Tambahnya lagi, pengendali Harimau Malaya tersebut sewajarnya diberikan kebebasan untuk memilih pemain yang dilihat sesuai untuk beraksi di atas padang.

"Perkara itulah yang dipersoalkan oleh peminat yang mana menyebabkan kekalahan tersebut.

"Kita tak tahu apa yang berlaku, kita harapkan di masa akan datang, tiada lagi persepsi negatif seperti tangan ghaib dan sebagainya.

"Kita harap Pan-gon diberikan sepenuhnya hak untuk menentukan pemain-pemain yang perlu dipilih dan pemain mana perlu diturunkan.

"Benda ni kena konsisten, kalau tak konsisten confirm peminat akan mempersoalkan isu tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram