[VIDEO] Langsung tiada sentuhan, ref keras kepala tetap bagi penalti lepas tengok VAR


  • Podium
  • Rabu, 21 Feb 2024

Tangkap layar rakaman tersebut jelas memaparkan tiada sentuhan daripada pemain pertahanan Youssoufia Berrechid itu.

TINDAKAN seorang pengadil yang menghadiahkan sepakan penalti kontrovesi kepada sebuah pasukan di Maghribi jelas mencuri tumpuan penyokong bola sepak.

Perlawanan yang berlaku pada 15 Februari lalu itu melibatkan dua pasukan divisyen utama bola sepak Maghribi iaitu SC Chabab Mohammedia dan Club Athletic Youssoufia Berrechid.

Dalam aksi tersebut, pasukan Youssoufia Berrechid mendahului perlawanan dengan kedudukan 2-1.

Enggan tewas dalam aksi tersebut, pemain tengah Chabab, Anas Boukram kemudiannya menjatuhkan diri dalam kotak penalti tanpa sebarang sentuhan daripada pemain pertahanan Youssoufia Berrechid, Hamza Malki.

BACA LAGI: Bukan setakat tonggak KDA FC, winger Harimau Muda juga makin hampir ke Sri Pahang

BACA LAGI: Dah tiba masa ganti Ifwat, KDA FC antara 3 kelab patut sambar Rahadiazli

Anas mendakwa dirinya dikasari Hamza namun pada mulanya tidak dilayan oleh pengadil perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, keputusan berubah selepas pengadil diminta ke monitor video bantuan pengadil (VAR) untuk melihat semula insiden tersebut.

Monitor VAR jelas memaparkan aksi Anas terjatuh tanpa sebarang sentuhan pihak lawan.

Namun, malang sekali apabila pengadil mengambil keputusan untuk memberikan sepakan penalti kepada Chabab dan berjaya disempurnakan oleh bek tengah, Hamza Bahaj.

Keputusan kontroversi tersebut mencetuskan kemarahan pasukan pelawat tetapi bantahan mereka tidak dilayan oleh pengadil dan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram