PNAGS 2024 lebih sengit, bakal uji ketahanan pemain golf amatur


  • Podium
  • Jumaat, 23 Feb 2024

Hannah Yeoh (tengah) melakukan putting sebagai gimik perasmian PNAGS 2024 di The Mines Resort & Golf Club pada Khamis.

KEJOHANAN Siri Golf Amatur Kebangsaan Perodua (PNAGS) kini kembali untuk penganjuran kali keempat dengan format yang lebih mencabar dan menarik untuk pemain golf amatur tanah air apabila sebanyak 14 pusingan akan diadakan di semua negeri pada tahun ini.

Saingan pertama bagi peringkat kelayakan Wilayah Persekutuan PNAGS 2024 akan bermula di The Mines Resort & Golf Club pada 29 Februari ini manakala pusingan kelayakan terakhir akan berlangsung di Shan Shui Golf & Country Club, Tawau bagi peringkat Sabah pada 17 Ogos.

Kemuncak kejohanan bagi peringkat kebangsaan akan diadakan Forest City Golf Resort, Johor sebanyak dua pusingan pada 8 hingga 10 September.

Forest City Golf Resort amat terkenal dalam kalangan pemain golf tentang tahap cabarannya, memandangkan ia merupakan satu-satunya kelab golf yang mempunyai kawasan wasteland selain rumput rough yang bakal menguji pemain.

Penganjur kejohanan, Delta World dalam satu kenyataan berkata, saingan PNAGS 2024 terbuka kepada lelaki dan wanita dengan menggunakan format `strokeplay'.

BACA LAGI: [VIDEO] Saya terkejut Terengganu juga mohon dana tukar rumput stadium — Hannah Yeoh

Screenshot 2024-02-23 131256

Katanya, juara pertandingan akan berpeluang mewakili negara pada saingan Kejohanan Golf Amatur Dunia (WAGC) di Phuket, Thailand pada 26 Oktober hingga 3 November ini.

"Kita jangkakan edisi 2024 bakal menjanjikan saingan sengit dalam kalangan pemain amatur pada setiap pusingan kelayakan di 14 negeri nanti," kata kenyataan berkenaan.

Upacara pelancaran PNAGS 2024 disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam majlis yang berlangsung di The Mines Resort & Golf Club pada Khamis.

BACA LAGI: 'Tiada apa perlu terkejut, mungkin ingat padang top top', Exco Terengganu jawab reaksi Hannah Yeoh

Hadir sama Pengerusi PERODUA, Tan Sri Asmat Kamaludin; Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA),Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor; Presiden WAGC, Isac Saminathan dan Pengerusi pertandingan, Lokman Ishak.

Hannah dalam pada itu memuji WAGC Malaysia atas kejayaan menganjurkan pertandingan berkenaan selama 12 tahun berturut-turut.

Katanya, Perodua selaku syarikat pengeluar kenderaan di negara turut memainkan penting dalam mengukuhkan penganjuran PNAGS.

240221_er_rs-124

Hannah Yeoh bersama barisan penganjur dan penaja PNAGS 2024.

"Kerjasama padu antara Kementerian Belia dan Sukan, Tourism Malaysia dan MGA turut berjaya membantu PNAGS membangunkan sukan golf di negara ini termasuk program golf remaja," katanya.

Isac dalam ucapannya pula berkata sokongan padu penganjur sepanjang lebih lima tahun lalu membantu mengukuhkan penganjuran pertandingan selain memberi impak besar kepada komuniti golf di negara ini.

Berikut adalah jadual lengkap siri pertandingan:

1. Wilayah Persekutuan - The Mines Resort & Golf Club, 29 Februari

2. Selangor - Kelab Golf Seri Selangor, 7 Mac

3. Johor - Palm Resort Golf & Country Club, 18 April

4. Melaka - Ayer Keroh Golf & Country Club, 25 April

5. Negeri Sembilan - Staffield Country Resort, 9 Mei

6. Kelantan - Kelantan Golf & Country Club, 23 Mei

7. Terengganu - Bukit Besi Golf Club, 1 Jun

8. Pahang - Mahkota Golf & Country Club, 13 Jun

9. Perlis - Kelab Golf Sultan Sallehuddin (UUM), 22 Jun

10. Kedah - Permaipura Golf & Country Club, 4 Julai

11. P Pinang - Bukit Jawi Golf Resort, 18 Julai

12. Perak - Royal Perak Golf Club, 25 Julai

13. Sarawak - Damai Golf & Country Club 3 Ogos

14. Sabah - Shan Shui Golf & Country Club 17 Ogos

15. Final Kebangsaan - Forest City Golf Resort, Johor, 8-10 September

16. Final Dunia - Laguna Phuket, Thailand, 25 Oktober - 2 November — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram