[VIDEO] Lagi kes driver warga asing guna laluan kecemasan, penunggang big bike melambung sondol buntut kereta


  • 112
  • Selasa, 13 Feb 2024

Tangkap layar memaparkan kejadian seorang penunggang motosikal melambung selepas merempuh sebuah kereta di Kilometer 123.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah Yong Peng.

SEORANG penunggang motosikal melambung selepas merempuh sebuah kereta yang menukar laluan secara tiba-tiba dalam kejadian di Kilometer 123.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah Yong Peng, Johor kira-kira pukul 1.45 tengah hari, Isnin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, siasatan awal mendapati pemandu warga asing tersebut mengubah laluan dari kiri ke lorong kecemasan dengan tiba-tiba.

Menurutnya, penunggang motosikal yang datang dari belakang gagal mengelak sebelum terlanggar bahagian kiri kereta berkenaan.

"Kejadian tersebut tular di media sosial pada pukul 5.49 petang.

"Pemandu warga asing berusia 52 tahun itu sudah membuat laporan di Balai Polis Yong Peng pada pukul 5.20 petang manakala penunggang motosikal belum berbuat demikian.

"Kita harap penunggang terbabit tampil membuat laporan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

BACA LAGI: [VIDEO] Cuma bergesel, driver Mitsubishi Lancer no plat Singapura siap hayun kayu golf marah-marah tengah highway

BACA LAGI: [VIDEO] Diskaun saman RM100 couple UK di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, 3 polis trafik ditahan

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jelasnya, dalam tempoh kurang seminggu, terdapat dua kes kemalangan membabitkan pemandu warga asing yang menggunakan laluan kecemasan di lebuh raya.

Sebelum ini Majoriti melaporkan tentang kejadian perselisihan faham melibatkan pengguna jalan raya di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara-Selatan, Pagoh, Johor.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian itu dipercayai membabitkan lelaki warga asing yang memandu kereta jenis Mitsubishi Lancer dengan pemandu Toyota Innova dipercayai warga tempatan.

Suspek bagaimanapun ditahan pagi Isnin di Genting Highlands dan direman empat hari bermula hari yang sama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram