Bergambar bersama Jalur Gemilang, Richard Chin tunggu masa sarung jersi Harimau Malaya


  • Podium
  • Isnin, 19 Feb 2024

Chin (kanan) kini semakin hampir mewakili Malaysia. — Facebook/Bath City

NAMPAK gayanya, Malaysia akan menerima satu lagi pemain baharu yang boleh diletakkan dalam skuad kebangsaan.

Pemain yang berpangkalan di England, Richard Chin telah memberikan pembayang cukup besar yang dia akan menumpahkan taat setianya kepada Malaysia.

Hanya dengan satu GIF, Chin memberikan satu pembayang yang dia semakin hampir melupakan peluang beraksi bersama The Three Lions demi mengangkat Harimau Malaya.

Ketika beraksi bersama kelabnya iaitu Bath City, segalanya terbongkar apabila Chin menjaringkan gol ketika bertemu St Albans City.

Dalam perlawanan tersebut, Chin mencuri tumpuan apabila berjaya menghasilkan gol kedua untuk kelabnya selepas berjaya menolak mudah bola ke gawang lawan.

Apa yang menariknya, laman X (Twitter) Bath City kemudiannya memuat naik GIF untuk memberitahu Chin telah menjaringkan gol. Dalam GIF tersebut, Chin dilihat bergambar sambil memegang bendera Jalur Gemilang.

BACA LAGI: Slot import masih kosong, Selangor boleh sambar kapten Thailand kukuhkan 'back four'

428091862_18416620915051721_3526452883790054767_n

Chin meraikan jaringannya untuk Bath City. — Facebook/Bath City

BACA LAGI: Cuma semusim di Kedah, Hidalgo bakal 'u-turn' semula ke Pantai Timur?

Malah, klu yang lebih ketara diberikan oleh Bath City sendiri apabila kelab tersebut merujuk Chin sebagai "penyerang Malaysia".

"Ia adalah mimpi ngeri buat Johnson tetapi ia ibarat hadiah buat Chin, selepas sepakan angin dari penjaga gol tersebut membolehkan penyerang Malaysia itu menolak mudah bola ke dalam gol," ujar laman kelabnya itu.

Situasi tersebut jelas memberikan gambaran yang Chin memang begitu hampir untuk mewakili Malaysia selepas ini. Menurut laman OneFootball.my, proses untuk menjadikan Chin sebagai pemain warisan kini sudah hampir selesai.

Proses tersebut dikatakan telah mencapai tahap 100 peratus dan ia cuma menanti pengumuman rasmi yang Chin akan beraksi untuk Malaysia.

Jika hal tersebut dapat diselesaikan dalam masa terdekat, Chin berpeluang untuk mewakili negara di kejohanan Piala Asia B-23 yang bakal diadakan di Qatar pada April. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram