PROSES pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) bakal dilaksanakan tidak lama lagi selepas penubuhan selepas kerja-kerja perobohan Stadium Shah Alam, Selangor dijangka selesai pada pertengahan tahun hadapan.
Perkembangan terbaharu berkenaan dikongsi sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari yang mengesahkan bahawa proses perobohan berkenaan sudah bermula dan ia akan mengambil masa kira-kira setahun untuk menyelesaikannya.
Menurut Amirudin, pemasangan 'hoarding' sudah dilaksanakan dan ia adalah gerak kerja awal dalam proses perobohan bekas rumah Gergari Merah berkenaan.
“Selepas ini akan buat hoarding dan memulakan perobohan. Ia akan mengambil masa yang agak lama untuk melakukan proses berkenaan. Mungkin akan ambil masa enam hingga tujuh bulan minimum dan paling teruk setahun untuk merobohkannya.
“Kami akan buat secara manual kerana melibatkan komuniti. Kita tak boleh nak bom macam biasa, “ katanya kepada Majoriti ketika menerangkan bahawa pembangunan KKSA yang baharu tidak akan menggunakan peledak atau bom bagi menitikberatkan keselesaan kejiranan komuniti tempatan di Seksyen 13 Shah Alam.
Amirudin ditemui ketika Majlis Pelancaran Buku dan Forum Pemanasan Dunia di PJ Live Arts Theatre, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.
"Yang dakwa kami tak lantik kontraktor lagi bukan dalam MBI pun"
MB Selangor, Datuk Amiruddin Shari kongsi latest update rumah baharu Selangor FC
CC @majoritionline pic.twitter.com/asss7oOAL0
— rahmieeee (@rahmi_jono) February 22, 2024
Perkembangan dari Amirudin sekali gus menafikan tuduhan yang mendakwa pihak Menteri Besar Incorporated (MBI) tidak lagi melantik mana-mana kontraktor untuk menjalankan pembinaan KSSA.
Sebelum ini, portal Semuanya Bola membuat laporan bahawa ada pihak mendakwa pihak MBI tidak melantik mana-mana kontraktor untuk menjalankan tugas Kebenaran Merancang KSSA.
“Yang dakwa itu pun bukan dalam MBI pun. Kami dah lantik kontraktor untuk perobohan berkenaan,” jelasnya lagi.
Status terkini KSSA itu sering dipersoalkan penyokong sejak projek berkenaan diperkenalkan sekitar Mac 2023 namun sehingga kini pembinaan gelanggang tersebut masih belum digerakkan.
KSSA dikatakan mempunyai kemudahan bertaraf antarabangsa bakal melonjakkan pelbagai jenis sukan di Selangor termasuk penganjuran e-Sport.
Difahamkan, kos pembinaan KSSA dijangka mencecah RM800 hingga 900 juta dan proses pembinaan stadium baru ini dijangka bermula pada tahun hadapan dengan sasaran dapat disiapkan pada tahun 2026. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram