[VIDEO] Terpaksa beraksi di Thailand, skuad Harimau Malaya pernah berdepan risiko ancaman angkara pembunuhan abang pemimpin tertinggi Korea Utara


  • Podium
  • Khamis, 22 Feb 2024

Malaysia tewas 1-4 dalam kedua-dua perlawanan menentang Korea Utara pada aksi Kelayakan Piala Asia 2019. — Facebook/FAM

SIAPA sangka ketegangan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara pernah mengancam keselamatan skuad Harimau Malaya dalam kempen kelayakan Piala Asia 2019 yang sepatutnya berlangsung di Pyongyang, Korea Utara.

Penyokong Harimau Malaya pasti mengingati detik hitam berkenaan apabila kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) pada 13 Februari 2017.

Ketika itu, Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama Korea Utara, Hong Kong dan Lubnan, dan sepatutnya dijadual memulakan kempen menentang Korea Utara di Stadium Kim II-sung di Pyongyang pada 28 Mac 2017.

Memetik laporan kira-kira tujuh tahun lepas itu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa keselamatan pasukan bola sepak adalah yang utama dan mencadangkan agar pertukaran venue dilakukan.

"Hubungan diplomatik antara Korea Utara dan Malaysia kini melalui fasa yang sukar.

"Jika kita boleh menukar venue, kita akan lakukan kerana keselamatan pasukan bola sepak kita adalah keutamaan kami memandangkan keadaan semasa," katanya memetik laporan media ketika itu.

BACA LAGI: Dua set trio penggempur JDT makin dominan, tak mustahil Sumareh antara 3 naturalisasi dalam 'option to buy'

BACA LAGI: Dicanang pindah kelab, Farizal, Ifwat antara 3 nama boleh jadi legenda kalau 'stay'

Khairy menyeru Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk mengukur tahap keselamatan di Pyongyang bagi perlawanan kelayakan Piala Asia 2019.

"Saya akan meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapatkan pandangan AFC mengenai ini. Saya bimbang tentang hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara.

Selepas tertangguh selama sembilan bulan, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akhirnya memutuskan perlawanan itu diadakan di i-Mobile Stadium, Buriram, Bangkok, Thailand.

Aksi Kelayakan Piala Asia 2019 berkenaan berakhir dengan keputusan memalukan apabila Malaysia tumpas menerusi jaringan sama 1-4 kepada Korea Utara pada perlawanan pertama.

Selepas tiga hari, perlawanan timbal balik menentang Korea Utara juga menyaksikan keputusan sama dicatat skuad kendalian Nelo Vingada di stadium yang sama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram