‘Ajok Saha boh’, ada cadangan mahu legenda Terengganu sertai Hai-O di TFC II


  • Podium
  • Isnin, 19 Feb 2024

Gandingan Hairuddin (kiri) dan Ashari (kanan) boleh menambah sengat Terengganu FC II.

KETERUJAAN dalam kalangan penyokong jelas membara apabila beberapa kelab telah pun memulakan sesi latihan pra-musim mereka.

Selangor FC, Johor Darul Ta'zim dan Terengganu FC antara kelab-kelab yang telah memulakan latihan sebagai persiapan menjelang musim baharu Liga Super.

Di kem Terengganu misalnya, keterujaan jelas terpancar dalam kalangan penyokong dan itu dapat dilihat apabila ramai membanjiri fasiliti latihan skuad Penyu ketika sesi latihan pra-musim pertama yang dibuka kepada umum.

Sementara keterujaan penyokong Terengganu terarah kepada skuad kendalian Tomislav Steinbruckner, persiapan juga sudah bermula buat Terengganu FC II (TFC II).

Skuad kendalian Hairuddin Omar itu sudah memulakan latihan pra-musim mereka dengan harapan tinggi oleh para penyokong untuk mahkota kejuaraan Piala MFL yang dimenangi mereka dapat dikekalkan.

Rata-rata penyokong berharap Hairuddin yang turut dikenali sebagai Hai-O dapat tampil cemerlang sekali lagi supaya TFC II akan terus kekal menjadi pelopor Piala MFL. Untuk rekod, TFC II menewaskan Johor Darul Ta'zim II 1-0 pada perlawanan akhir.

"Misi pertahankan kejuaraan Piala MFL bermula, terbaik Hai-O, legenda Terengganu," kata penyokong bernama Tinta Abadi.

"Kekalkan kejuaraan untuk musim ini, semoga berjaya buat pasukan dan Hai-O," ujar Ady Berhok pula.

BACA LAGI: AFL sahkan terima permohonan Kelantan beraksi di Liga M3 musim depan

428382592_379589661374811_7667336537875318952_n

Hairuddin sekali lagi akan memimpin Terengganu FC II. — Facebook/Terengganu FC II

Dalam pada itu, ada juga yang memberikan cadangan agak pihak kelab membawa kembali legenda Terengganu, Ashari Samsudin untuk bersama-sama Hairuddin mengendalikan TFC II.

Ashari yang dikenali sebagai Si Pembunuh Senyap (The Silent Killer) dalam kalangan penyokong Terengganu dianggap sebagai antara legenda moden kelab tersebut.

"Ajaklah Ashari sekali sertai barisan kejurulatihan," cadang penyokong bernama Marhisham Mohamad.

Cadangan tersebut mungkin ada asasnya kerana Ashari kini aktif dalam pembikinan bakat muda menerusi sebuah akademi di Terengganu.

BACA LAGI: Slot import masih kosong, Selangor boleh sambar kapten Thailand kukuhkan 'back four'

Ashari-Samsudin-Terengganu-FC

Ashari (dua dari kanan) merupakan pemain handalan Terengganu satu masa dulu. — Agensi

Oleh itu, mungkin cadangan tersebut boleh dilihat dengan lebih mendalam oleh pengurusan Terengganu dengan harapan satu lagi legenda kelab boleh dibawa untuk kembali menabur bakti.

Ketika bermain, Ashari pernah membawa Terengganu memenangi Piala FA pada 2011 sambil menikmati kejayaan Piala AFF bersama Harimau Malaya ketika tahun sebelumnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram