Lepas beraksi di Piala Asia, Junior Eldstal kini kembali ke padang latihan JDT


  • Podium
  • Rabu, 21 Feb 2024

Kehadiran Junior (kanan) dalam sesi latihan skuad Harimau Selatan menimbulkan persoalan mengenai status pinjamannya. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

SELEPAS sekali lagi mencatatkan kejayaan sukar digugat musim lalu, Johor Darul Ta'zim (JDT) tampil lebih bersemangat apabila sudah mengadakan sesi latihan berpusat.

Perancangan itu membuktikan bahawa mentaliti kelab itu berada di tahap berbeza kerana masih terdapat kira-kira tiga bulan sebelum saingan Liga Super membuka tirainya.

Namun, dengan mereka cukup bersemangat untuk meneruskan kejayaan itu, sesi lebih awal diperlukan bagi memastikan pemain berada di tahap terbaik dari segi kecergasan.

Berdasarkan foto yang dikongsikan di media sosial rasmi kelab, kelihatan hampir kesemua pemain sudah melaporkan diri ke kem latihan yang dikendalikan Hector Bidoglio.

Tetapi, timbul sedikit persoalan apabila penyokong JDT mempersoalkan ketiadaan beberapa tonggak utama seperti Arif Aiman Hanapi dan Syihan Hazmi sehingga ada yang berasakan mereka mengalami kecederaan.

BACA LAGI: Mula-mula nafi, JDT akhirnya pilih Bojan Hodak

2222404

Junior ketika berada dalam sesi latihan Dewa United tahun lalu. Facebook/Dewa United

Teka-teki itu segera dijawab dengan sebahagian peminat lain sedar bahawa masing-masing diberikan cuti lebih panjang selepas beraksi buat Harimau Malaya dalam Piala Asia pada Januari lalu.

Bagaimanapun, satu lagi kejutan dikongsikan di ruangan komen apabila kelibat bek tengah negara, Junior Eldstal kelihatan dalam foto yang dimuat naik.

Pemain yang sebelum ini dipinjamkan ke kelab Indonesia, Dewa United difahamkan tidak akan terlibat dengan JDT sehingga pertengahan musim memandangkan kontraknya dengan pasukan itu berkuat kuasa selama setahun.

Namun, dengan dia sudah kembali menjalani sesi latihan, tidak hairanlah apabila peminat setia skuad Harimau Selatan janggal dengan kepulangannya lebih awal.

"Wow, Junior sudah kembali," kata Ambroze Pan Yew.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Game panas', 7 kad kuning pernah cemari aksi JDT-KDA FC

419353018_1078400776566491_2563795121050563315_n

Junior (tengah) berpeluang beraksi di Piala Asia bersama pasukan negara bulan lalu. Facebook/FAM

"Wow, Junior Eldstal sudah ada di JDT semula," ujar Ahmad Azri Hakim Saufi.

"Junior sudah kembali bersama skuad Harimau Selatan," kata Arin Azrin Che Din.

Pemain berusia 32 tahun itu merupakan antara yang dipanggil berada dalam skuad Piala Asia sebelum ini dengan dia merekodkan satu penampilan dalam kesebelasan utama dan satu dari bangku simpanan.

Walaupun dilihat sudah tidak lagi beraksi di tahap terbaik, Junior memiliki kelebihan dari segi fizikal yang mampu membantu pasukan diwakilinya dari segi pertahanan.

JDT dilaporkan bakal mengadakan sesi latihan pramusim 2024/25 di Portugal dan Sepanyol sebagai persiapan menjelang saingan musim depan yang lebih mencabar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram