PENJAGA gol Terengganu FC (TFC), Rahadiazli Rahalim berkemungkinan besar akan meninggalkan Sang Penyu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25.
Ia berikutan selepas Ketua Jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner menyuarakan hasratnya untuk melepaskan Rahadiazli secara pinjaman kepada pasukan lain.
Menurut Steinbruckner, pemain berusia 23 tahun itu perlu berhijrah ke pasukan lain untuk mengelak daripada terus sekadar menjadi penjaga gol kedua dan memanaskan bangku simpanan susulan prestasi yang kurang memberangsangkan musim lalu.
Rahadiazli atau mesra dengan sapaan Abe itu dijangka dilepaskan secara pinjaman ke kelab lain musim 2024. — Instagram/rahadiazli_01
BACA LAGI: Disebut-sebut akan ke seteru Pantai Timur, ramai desak Messi Malaysia terus kekal di Terengganu
“Saya sudah berbincang dengan pengarah sukan kita dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Sabri Abas mengenai Rahadiazli.
“Saya mahu beri dia jalan penyelesaian. Dia perlu keluar untuk terus menjadi penjaga gol nombor satu. Dia perlu bermain dalam setiap perlawanan," katanya.
Tambahnya lagi, pasukannya kini hampir lengkap dengan kemasukan lima pemain baharu musim ini antaranya dua import utama, Ismaheel Akinade dari Nigeria dan Matthew Steenvoorden dari Belanda.
“Kita juga ada Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Akram Mahinan. Akram tidak bermain semua perlawanan musim lalu tetapi dia seorang pemain yang bagus.
“Kita juga sedang menunggu dua lagi pemain. Seorang pemain dari Croatia dan seorang pemain Asean untuk membantu bahagian tengah,” katanya dan menambah tiga pemain Terengganu II akan dinaikkan pangkat musim ini," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram