[VIDEO] Imbau momen di Gelora Bung Karno, Fadhli Shas kena 'mention' lupa tag legend


  • Podium
  • Ahad, 18 Feb 2024

Skuad Harimau Muda bergelar juara buat julung kalinya dalam saingan Piala AFF Suzuki 2010. — Agensi

KEEGOAN pasukan Indonesia akhirnya dilenyapkan oleh Harimau Muda selepas muncul juara Piala AFF Suzuki sekali lagi bagi musim 2011.

Perlawanan yang diadakan di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Indonesia itu merupakan momen yang akan diingati oleh penyokong tanah air.

Dalam perlawanan dramatik tersebut, skuad kebangsaan berjaya memperoleh kemenangan menerusi sepakan penalti dengan keputusan 4-3.

Pada musim 2010, buat julung kalinya skuad kebangsaan berjaya merangkul gelaran juara apabila menang secara agregat 4-2 ketika perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno itu.

BACA LAGI: 'Inilah peluang kita', kata-kata TMJ 7 tahun lepas bukti Harimau Malaya di landasan tepat

BACA LAGI: Bukan tak sudi, tapi ada 3 sebab fans Sang Penyu ‘pangkah’ gila-gila Joe Rozi

Susulan itu, mengimbau kembali zaman kegemilangan skuad kebangsaan, bekas perwira skuad Harimau Muda, Fadhli Shas memuat naik momen tersebut di laman sosial Instagram peribadinya.

"Salah satu pencapaian terbesar saya dalam kehidupan bola sepak. Alhamdulillah," tulisnya.

Akan tetapi, terdapat satu komen yang menarik perhatian di laman Instagram tersebut apabila penjaga gol Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat seolah-olah bergurau apabila meninggalkan komen pada hantaran video tersebut.

Khairul Fahmi atau mesra dengan panggilan Apek itu meminta pemain pertahanan skuad Tok Gajah itu untuk 'tag' namanya kerana dia turut berada dalam video tersebut.

"Aku ada dalam gambar tu jugak, tag lah juga bah aku," kata bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi.

Meskipun meninggalkan komen seperti itu, ramai penyokong mengetahui bahawa tindakan legenda Malaysia itu cuma gurauan.

Apek antara tonggak utama skuad Harimau Muda yang ketika itu berjaya menjaga pintu gawang skuad kebangsaan dengan baik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram