[VIDEO] BATC2024: Gelaran juara bertukar tangan ke China, skuad negara tersungkur di final


  • Podium
  • Ahad, 18 Feb 2024

Skuad badminton negara terpaksa berpuas hati apabila meraih kedudukan kedua kejohanan BATC 2024. — Facebook

TROFI Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terlepas ke tangan China selepas skuad negara tumpas 0-3 dalam pertarungan final di Setia City Convention Centre, Shah Alam, Selangor pada Ahad.

Sejam sebelum misi mempertahankan kejuaraan, kem negara dikejutkan dengan barisan utama yang dipertaruhkan berikutan ketiadaan Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong, lapor Stadium Astro.

Satu persatu tonggak negara tersungkur dengan Weng Hong Yang menundukkan Leong Jun Hao 21-19, 21-17.

BACA LAGI: [VIDEO] Buat 'part time', Pok Wel jadi bodyguard Pawi, Mat Yat

BACA LAGI: [VIDEO] Imbau momen di Gelora Bung Karno, Fadhli Shas kena 'mention' lupa tag legend

Kemudian Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal menepati reputasi mereka apabila kecundang kepada beregu lelaki kurang ternama, Xie Hao Nan-Zheng Wei Han, 21-16, 16-21, 23-21.

Kedudukan 0-2 itu meninggalkan Eogene Ewe dalam situasi lebih mencabar dan usahanya untuk cuba menghidupkan talian hayat perjuangan tidak kesampaian apabila giliran perseorangan berusia 18 tahun dari Perak tersebut tumbang 10-21, 14-21, sekali gus perlu berpuas hati dengan pingat perak edisi ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram