[VIDEO] Buat 'part time', Pok Wel jadi bodyguard Pawi, Mat Yat


  • Podium
  • Ahad, 18 Feb 2024

Tangkap layar rakaman video memaparkan Akinade mengawal duo sensasi tersebut.

MENJELANG saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024, Terengganu FC antara pasukan yang giat memperkuatkan pasukan setelah memperkenalkan lima wajah baharu kelab baru-baru ini.

Antara wajah baharu yang sudah tiba di bumi Terengganu ialah duo sensasi dari Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid dan Akhyar Rashid, bekas perancang Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan selain mengumumkan dua import iaitu Matthew Steenvoorden serta bekas penyerang Kelantan United, Ismahil Akinade.

Meskipun begitu, penghijrahan duo sensasi kebangsaan iaitu Safawi-Akhyar antara yang mendapat perhatian peminat TFC yang semakin tidak sabar menyaksikan aksi memukau pemain pinjaman dari Harimau Selatan tersebut.

Peminat setia Sang Penyu bagaikan sudah tidak sabar untuk mengharungi Liga Malaysia musim 2024/25 apabila mengerumuni sesi latihan rasmi hari pertama skuad tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Imbau momen di Gelora Bung Karno, Fadhli Shas kena 'mention' lupa tag legend

BACA LAGI: Bukan tak sudi, tapi ada 3 sebab fans Sang Penyu ‘pangkah’ gila-gila Joe Rozi

Susulan sesi latihan tersebut, satu hantaran video di laman X sempat mencuri tumpuan warga maya.

Dalam video itu, Safawi dan Akhyar dikawal ketat oleh seseorang yang didakwa pengawal peribadi (bodyguard) duo tersebut agar tidak diserbu oleh penyokong Sang Penyu.

Menariknya, pengawal keselamatan tersebut merupakan tonggak Sang Penyu yang baru tiba iaitu Ismaheel Akinade atau mesra dengan panggilan Pok Wel.

Meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong terhibur dengan gelagat anak-anak buah Tomislav Steinbruckner itu.

"Sejak bila Akinade jadi bodyguard Pawi dan Mat Yat ni," kata @FH.7.

"Akinade buat dua kerja dalam satu masa," kata @dolphinz.

"Akinade boleh doh buat kerja part time dekat Terengganu, jadi bodyguard sangat sesuai," kata @yayasepetia18. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram