Ramai teka Syafiq Ahmad, misteri bintang baharu Penang FC terjawab


  • Podium
  • Ahad, 18 Feb 2024

Syafiq (tengah) dilaporkan bakal meninggalkan JDT selepas kurang meraih minit permainan bersama kelab itu musim ini. — Facebook/JDT

MENJELANG perlawanan Liga Malaysia 2024/25, ramai penyokong tanah air teruja melihat perpindahan pemain terutamanya bagi kelab seperti Selangor FC, Terengganu FC dan Johor Darul Takzim (JDT).

Namun begitu, persiapan pasukan lain juga masih menarik untuk disaksikan.

Menghuni tangga ke-10 saingan Liga Super 2023, Penang FC turut tidak ketinggalan dalam membawa masuk beberapa pemain tempatan untuk memperkuatkan lagi pasukan tersebut.

Sebelum ini, nama penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Syafiq Ahmad antara yang meningkat di Utara tanah air apabila menghadapi isu kurang mendapat minit permainan ketika bersama Harimau Selatan.

BACA LAGI: [VIDEO] Imbau momen di Gelora Bung Karno, Fadhli Shas kena 'mention' lupa tag legend

Khairu Azrin

Dakwaan tersebut semakin benar apabila Khairu Azrin antara pemain yang pernah menyarung jersi nombor lapan bersama Penang FC. — Facebook

BACA LAGI: Bukan tak sudi, tapi ada 3 sebab fans Sang Penyu ‘pangkah’ gila-gila Joe Rozi

Susulan itu, nama Penang FC antara kelab yang dilihat boleh menyelesaikan isu pemain kelahiran Bayan Lepas, Pulau Pinang itu.

Bagaimanapun, impian Syafiq beraksi bersama Harimau Kumbang seperti tidak kesampaian apabila Penang FC dalam satu hantaran di laman rasmi Facebook mendedahkan bahawa kelab tersebut sudah menandatangani seorang pemain untuk menyertai pasukan itu musim 2024.

Hanya meninggalkan kapsyen nombor lapan, penyokong setia Harimau Kumbang sepertinya sudah mengetahui sosok individu tersebut.

Meskipun ramai yang meneka bahawa Syafiq merupakan individu tersebut namun kapsyen Penang FC itu membawa makna berbeza.

Nama bekas pemain tengah Penang FC musim 2021 yang juga pernah menyarung jersi nombor lapan, Khairu Azrin Khazali yang beraksi bersama Kelantan United FC sebelum ini juga antara nama yang dipetik dalam ruangan komen di laman sosial.

"Kekal nombor lapan yang dipakainya musim 2021, welcome back," kata Mohd Azhar Nordin.

"Kalau ikut fakta hanya Khairu Azrin saja yang pernah sarung jersi lapan musim 2021," kata Shafierul Ashyraff.

"Nampak gaya macam Khairu Azrin saja, nombor lapan pula tu," kata Mohd Razman Abd Rahim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram