BEBERAPA minggu kebelakangan ini, penyokong kelab-kelab utama sekitar Jerman mula mengadakan protes terhadap pengelola bola sepak di negara Eropah berkenaan.
Isu berkenaan dilaporkan tercetus berikutan cadangan mereka untuk mengalu-alukan syarikat besar untuk membuat pelaburan demi masa depan dua liga utama mereka, Bundesliga dan Bundesliga 2.
Sekiranya dibenarkan, perubahan ketara yang bakal disaksikan adalah kesukaran untuk membuat keputusan terhadap masa depan sukan tersebut di negara itu.
Protes itu berterusan pada Sabtu dalam aksi divisyen kedua Jerman ketika pertembungan antara Hansa Rostock dan Hamburger SV di Osteestadion.
Ketika perlawanan baru sahaja berlangsung 10 minit, kelihatan dua kereta kawalan jauh memasuki padang dengan kedua-duanya dipasang suar berwarna biru dan putih.
BACA LAGI: Jurgen Klopp pilih legenda Liverpool calon terbaik uruskan The Reds musim depan
— Follow @collinabanter (@ardaguler1000) February 17, 2024
BACA LAGI: [VIDEO] Bolos 3 gol, bekas pemain Manchester naik angin sampai pukul kamera
Pencerobohan itu menyaksikan pengadil, Felix Zwayer terpaksa menghentikan perlawanan buat sementara waktu untuk membenarkan pihak keselamatan stadium mengawal keadaan.
Meskipun beberapa siri protes diteruskan penyokong, perlawanan itu masih diteruskan dengan Hamburger SV dan Hansa Rostock terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas terikat 2-2.
Berdasarkan laporan semasa, beberapa kelab lain di Bundesliga dan Bundesliga 2 turut mengambil inisiatif tersendiri dalam menunjuk perasaan supaya pengelola tidak terbuka dalam menerima pelaburan itu.
Antara yang berbuat demikian ialah Hannover 96 dalam aksi baru-baru ini yang memaksa perlawanan dihentikan buat beberapa minit untuk mengawal keadaan.
Namun, inisiatif penyokong Hamburger SV dan Hansa Rostock boleh diangkat sebagai antara yang paling kreatif dilakukan sejak tahun-tahun kebelakangan ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram